TAWARAN KERJA-KERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN SERTA LANDSKAP DI BANGUNAN YAYASAN SELANGOR KG BARU KUALA LUMPUR MILIK YAYASAN SELANGOR.

SEBUTHARGA (YS/ P/SH 08/2026)

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar Kementerian Kewangan Malaysia Kod Bidang 221001 (Pembersihan bangunan/ pejabat ) serta mempunyai kepakaran dan berpengalaman di dalam bidang berkaitan seperti tajuk di atas serta maklumat berikut:

No. Sebut harga         : YS/ P/SH 08/2026
Tarikh pelawaan       : 01 Julai 2026
Tarikh Tutup              : 28 Julai 2026

1. Dokumen Sebutharga    boleh   didapati di kaunter Unit Perolehan Yayasan Selangor setelah pembayaran secara ONLINE TRANSFER ke ACC MBSB Yayasan Selangor No. ACC 1005007100002680 berharga RM50.00 dan emelkan bukti pembayaran ke kewangan@yselangor.com & perolehan@yselangor.com , dokumen sebutharga akan diserahkan setelah emel diterima mulai   15 JULAI 2026 pada waktu pejabat di:

Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7669 1226
Waktu    
Isnin-Khamis   : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.30 petang hingga 3.30 petang.
  1. TAKLIMAT KERJA AKAN DIADAKAN PADA;-  
TARIKH        : 14 Julai 2026
WAKTU       :   10.30 pagi
TEMPAT      :
MENARA YAYASAN SELANGOR TINGKAT 16, PERSIARAN BARAT, PETALING JAYA, 46000 SELANGOR DARUL EHSAN.

3. Penyebut harga hendaklah membawa Cop Syarikat bagi tujuan pendaftaran semasa menyertai lawatan tapak.

4. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut :

Mengenai Skop & Spesifikasi
En.Johari Zaiton (03-7669 1157)

E-mel : johari@yselangor.com

Mengenai Dokumen Sebutharga
En. Idrus Bin Mohamed Noor (03-7669 1226)

E-mel : perolehan@yselangor.com

En. Mohd Yazli Bin Kasmin (03-7669 1225)

E-mel : perolehan@yselangor.com

5. Pemilik syarikat ATAU Wakil syarikat dibenarkan untuk menghadiri lawatan tapak. Kegagalan menghadiri lawatan tapak bererti syarikat TIDAK LAYAK untuk membida.

6. Borang Sebut harga yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebut harga YS/P/SH 08/2026 di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat di Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. sebelum atau pada 28 JULAI 2026 jam 12.00 tengahari.

7. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan   kelewatan penerimaan dokumen.  Bukti pengeposan   tidak   akan diterima    sebagai bukti penghantaran dokumen.

2026-07-01T09:59:10+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY