Maklumat Am

//Maklumat Am

RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR

Tarikh Permohonan Dibuka     :      22 September 2025
Tarikh Permohonan Ditutup     :      15 Oktober 2025
Tarikh Akhir Hantar Dokumen :      20 Oktober 2025

KAEDAH PERMOHONAN

1. Mengisi Borang Permohonan (ATAS TALIAN) Kemasukan Ke Tingkatan 1 Tahun 2026 dengan lengkap.
2. Cetak borang yang telah diisi dengan lengkap. Hantar borang yang telah dicetak beserta salinan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Pengurusan Operasi Pendidikan Yayasan Selangor melalui pos atau serahan tangan sebelum atau pada 20 Oktober 2025
3. Dokumen yang diperlukan:

  • Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga –1 salinan
  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – 1 salinan    
  • Sijil Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Ko Kurikulum (PAJSK) sekiranya ada – 1 salinan
  • Sijil Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) sekiranya ada – 1 salinan
  • Salinan Slip Gaji Ibu dan Bapa. – 1 salinan . Bagi ibu atau bapa yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi borang pengesahan pendapatan (borang pengesahan pendapatan boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor)
  • Sijil kelahiran pemohon, ibu dan bapa – 1 salinan. Bagi pemohon ATAU ibu ATAU bapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengisi Borang Pengesahan Pemastautin (borang pengesahan Pemastautin boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor).
  • Sijil Kematian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah meninggal dunia) – 1 salinan
  • Sijil Perceraian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah bercerai) – 1 salinan

# Sila pastikan semua dokumen telah disediakan dengan lengkap dan disahkan*.

4. Keputusan permohonan boleh dirujuk menerusi laman sesawang Yayasan Selangor selewat-lewatnya dua minggu sebelum sesi persekolahan 2026 bermula.

5.Mengisi Rayuan sekiranya Tidak Berjaya mendapat tawaran namun masih berminat untuk mendapat penempatan.

Nota penting:
Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan danProfesional)/ Penghulu/ Pengerusi MPKK/ Ketua Kampung / Nazir Masjid dan yang setaraf dengannya.

# Borang Permohonan Yang Tidak Lengkap tidak akan diproses

KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN :

  1. Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 untuk semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sekolah rendah.
  2. Bersekolah di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah swasta yang berdaftar di Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan untuk murid luar bandar)
  3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin).
  4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi bilangan tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
  5. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia
  6. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dan tidak menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

ASRAMA / SEKOLAH PILIHAN :

  • Asrama Pusat Yayasan Selangor
  • Asrama Daerah Yayasan Selangor
  • Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah

ASRAMA PUSAT YAYASAN SELANGOR

  • Asrama Pusat Yayasan Selangor adalah asrama di bawah Pengurusan Yayasan Selangor sepenuhnya.
  • Murid akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
  • Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:

Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)

Penempatan Murid Asrama Pusat
Murid akan bersekolah di salah sebuah sekolah berikut berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh JPNS dan Yayasan Selangor iaitu :

ASRAMA PUSAT NAMA SEKOLAH JANTINA
AYSSB SMK Ungku Aziz
SMK Seri Bedena
Lelaki
Lelaki
AYSK SMK Tinggi Klang
SMK Methodist ACS, Klang
SMK Tengku Ampuan Rahimah
SMK (P) Methodist Klang
SMK  Convent Klang
SMK (P) Bukit Kuda
Lelaki
Lelaki
Lelaki / Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan

ASRAMA DAERAH YAYASAN SELANGOR

  • Asrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang diberikan kuota untuk menempatkan para pelajar Yayasan Selangor.
  • Asrama Daerah Yayasan Selangor terletak di Negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Asrama Daerah yang terletak di Negeri Selangor adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
  • Murid tajaan ini tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor:
DAERAH NAMA SEKOLAH JANTINA
SABAK BERNAM SMK Ungku Aziz
SMK Dato’ Mustaffa
SMK Sungai Besar

Perempuan
Perempuan
Lelaki / Perempuan

KUALA SELANGOR SMK Dato’ Harun
SMK Pengkalan Permatang
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
HULU SELANGOR SMK Kuala Kubu Bharu Lelaki / Perempuan
PETALING SMK Damansara Utama (DLP)
SMK Shah Alam
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
HULU LANGAT SMK Tinggi Kajang
SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang
SMK Jalan Tiga
Lelaki
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
KUALA LANGAT SMK Banting
SMK Bukit Changgang
SMK Telok Panglima Garang
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
SEPANG SMK Seri Sepang Lelaki / Perempuan


ASRAMA DAERAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TERDIRI DARIPADA :

NAMA SEKOLAH Jantina
SMK Aminuddin Baki Perempuan
Victoria Institution Lelaki

TANPA ASRAMA / BERULANG DARI RUMAH

  • Murid tajaan akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
  • Murid berulang alik ke sekolah dari rumah masing-masing.
  • Murid akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut

NEGERI NAMA SEKOLAH JANTINA
SELANGOR SMK (P) Sri Aman
SMK (P) Assunta
SMK (L) Bukit Bintang
Perempuan
Perempuan
Lelaki
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SMK Aminuddin Baki

Lelaki
Lelaki / Perempuan
Perempuan

BORANG :

1) Manual Permohonan RKPYS
2) Borang Permohonan RKPYS / Semakan Borang RKPYS

3) Borang Pengesahan Pemastautin

4) Borang Pengesahan Pendapatan

HUBUNGI KAMI:

BAHAGIAN
PENGURUSAN OPERASI PENDIDIKAN
YAYASAN SELANGOR

Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7669 1218 / 141 / 150 / 158 / 211 / 217 / 250
Emel: hep@yselangor.com

Sebarang Pertanyaan sila hubungi nombor telefon yang tertera diatas:-

Waktu Urusan:
9.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Khamis)

 

2025-10-09T10:20:54+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY