RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR
KAEDAH PERMOHONAN
• Tawaran kemasukan akan di buka setiap tahun selepas keputusan UPSR semasa diumumkan.
• Mengisi Borang Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 (PKA/1) dengan lengkap.
• Menghantar Borang PKA/1 yang lengkap ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor melalui serahan tangan selewat-lewatnya pada 2 Minggu Selepas Keputusan UPSR Diumumkan:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan SelangorTingkat 17,
Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
Faks : 03-7954 1790 / 1862
Email : hep@yselangor.com
• Menunggu jawapan permohonan sama ada Berjaya / Gagal / Simpanan selewat-lewatnya 1 minggu sebelum tarikh pendaftaran ke tingkatan 1.
• Mengisi Borang Rayuan sekiranya Tidak Berjaya mendapat tawaran namun masih berminat untuk mendapat penempatan.
**Nota penting : Borang Permohonan Yang Tidak Lengkap tidak akan diproses**
KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN :
i. Menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun semasa dan mendapat 6A atau sekurang-kurangnya 2A (daripada 6 matapelajaran wajib ambil) dan lulus semua matapelajaran.
ii. Bersekolah rendah di Negeri Selangor (keutamaan untuk pelajar luar bandar) dan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin).
iv. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.v. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
vi. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.
ASRAMA / SEKOLAH PILIHAN :
- Asrama Pusat Yayasan Selangor
- Asrama Daerah Yayasan Selangor
- Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah
ASRAMA PUSAT YAYASAN SELANGOR
- Asrama Pusat Yayasan Selangor adalah asrama di bawah Pengurusan Yayasan Selangor sepenuhnya.
- Pelajar-pelajar akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS)
Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu :
Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
PERSEKOLAHAN PELAJAR ASRAMA PUSAT
Pelajar akan bersekolah di salah sebuah sekolah berikut berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh JPNS dan Yayasan Selangor iaitu:
ASRAMA PUSAT | NAMA SEKOLAH | JANTINA |
---|---|---|
AYSSB | SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam SMK Sungai Besar, Sabak Bernam |
Lelaki Lelaki |
AYSK | SMK Tinggi Klang, Klang SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang SMK (P) Methodist, Klang SMK Convent, Klang SMK Methodist ACS, Klang SMK (P) Bukit Kuda, Klang |
Lelaki Lelaki / Perempuan Perempuan Perempuan Lelaki Perempuan |
ASRAMA DAERAH YAYASAN SELANGOR
- Asrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang diberikan kuota untuk menempatkan para pelajar Yayasan Selangor.
- Asrama Daerah Yayasan Selangor terletak di Negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Asrama Daerah yang terletak di Negeri Selangor adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
- Para pelajar ini tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor.
ASRAMA DAERAH DI NEGERI SELANGOR TERDIRI DARIPDA :
DAERAH | NAMA SEKOLAH | JANTINA |
---|---|---|
SABAK BERNAM |
SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam SMK Sungai Besar SMK Munshi Abdullah, Sg Air Tawar SMK Bagan Terap SMK Dato’ Mustaffa, Sekinchan |
Perempuan Perempuan Lelaki / Perempuan Lelaki / Perempuan Perempuan |
KUALA SELANGOR |
SMK Dato’ Harun, Tanjong Karang SMK Pengkalan Permatang |
Lelaki / Perempuan Lelaki / Perempuan |
HULU SELANGOR |
SMK Kuala Kubu Bharu | Lelaki / Perempuan |
PETALING | SMK Damansara Utama SMK Shah Alam |
Lelaki / Perempuan Lelaki / Perempuan |
HULU LANGAT |
SMK Tinggi Kajang SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama) |
Lelaki Lelaki / Perempuan Lelaki / Perempuan |
KUALA LANGAT |
SMK Banting SMK Bukit Changgang SMK Telok Panglima Garang |
Lelaki / Perempuan Lelaki / Perempuan Lelaki / Perempuan |
SEPANG | SMK Seri Sepang | Lelaki / Perempuan |
ASRAMA DAERAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TERDIRI DARIPADA :
- SMK Victoria (lelaki sahaja) – UPSR 6A sahaja
TANPA ASRAMA / BERULANG DARI RUMAH
- Pelajar-pelajar akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
- Pelajar berulang alik ke sekolah dari rumah masing-masing.
- Para pelajar akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut :
NEGERI | NAMA SEKOLAH | JANTINA |
---|---|---|
SELANGOR | SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya SMK (P) Assunta, Petaling Jaya SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya |
Perempuan Perempuan Lelaki |
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR |
SMK Aminuddin Baki SMK Seri Bintang Utara |
Lelaki / Perempuan Lelaki / Perempuan |
Borang Permohonan juga boleh didapati di :
- Ibu pejabat Yayasan Selangor
- Asrama Yayasan Selangor Klang
- Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam
- Kem Bina Semangat Yayasan Selangor