
TUJUAN
Majlis ini disediakan untuk mendapatkan kelulusan Pengurusan Yayasan Selangor bagi mengadakan Program Jalinan Mesra Bersama Guru-Guru Penyelaras Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia-Yayasan Selangor & HIPERS di lokasi bersesuaian di LEMBAH KLANG.
RASIONAL
Menjadi ‘Platform’ perbincangan secara sihat dalam suasana yang lebih selesa dan santai berkaitan Program tajaan Yayasan Selangor iaitu Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor & HIPERS.
Mendapatkan maklumbalas dan cadangan-cadangan penambahbaikan secara terus dari semua guru penyelaras berkaitan program tajaan Yayasan Selangor.
Memupuk jalinan kerjasama yang lebih mantap bersama guru-guru penyelaras RKPYS & HIPERS.
