Loading Events
  • This event has passed.

TUJUAN

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini merupakan saluran untuk mengiktiraf daya usaha, dedikasi dan komitmen pegawai-pegawai yang telah memperlihatkan kecemerlangan dengan menghasilkan mutu kerja yang berkualiti dan efektif. Yayasan Selangor sentiasa komited dalam mengiktiraf budaya kerja cemerlang, komitmen dan jasa yang diberikan oleh warga kerja dengan menyediakan pelbagai anugerah atau ganjaran. Melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, saya berharap ia dapat menggalakkan pegawai dan warga kerja untuk terus memberikan komitmen dan daya usaha untuk mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi.