[ycd_countdown id=15989]

Terma dan Syarat Pertandingan

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka terbuka kepada semua warga kerja, pelajar tajaan Yayasan Selangor dan orang awam.
  2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan
  3. Idea, konsep dan penerangan berkaitan logo dan tema yang diperoleh serta hasil karya logo dan tema yang disertakan dalam pertandingan ini adalah hasil usaha sendiri yang asli dan tidak pernah diterbitkan, disiarkan, digunakan, ditiru, diciplak dan diambil daripada mana-mana pihak atau hasil kerja orang lain mahupun dari luar negara
  4. Semua logo ciptaan peserta yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Reka Cipta Logo Yayasan Selangor dan akan menjadi hak milik Yayasan Selangor sepenuhnya dan peserta tiada hak ke atas logo tersebut selepas pertandingan ini. Perakuan hak milik ini hendaklah ditandatangani di dalam borang penyertaan.
  5. Penyertaan akan DIBATALKAN secara serta-merta jika peserta melanggar peraturan ini dan akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang tuntutan atau apa jua tindakan oleh mana- mana pihak berkaitan logo ini
  6. Peserta perlu Like, Follow & Subscribe Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube rasmi Yayasan Selangor.
  7. Peserta hendaklah memberikan butir-butir diri yang berikut apabila menghantar penyertaan:
    1. Nama Penuh
    2. Nombor kad pengenalan
    3. Nombor telefon
    4. Alamat E-mel

Spesifikasi Reka Bentuk Logo

  1. Reka bentuk logo mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang dianggap sensitif dan boleh menyinggung sensitiviti mana-mana pihak.
  2. Reka bentuk logo perlu bersesuaian dengan objektif dan fungsi Yayasan Selangor.
  3. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan juga akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
  4. Logo hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 210 mm x 297 mm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board dan juga dihantar bersama softcopy menggunakan format Adobe Illustrator (A.I.) atau JPEG dengan resolusi minimum adalah 1280 x 960 atau emel kepada pertandinganlogoys@yselangor.com.
  5. Keterangan atau penjelasan mengenai reka bentuk logo, simbol serta warna yang digunakan hendaklah diberikan.
  6. Reka bentuk logo hendaklah ringkas, menarik, jelas, dan kemas

Tempoh Pertandingan

  1. Peraduan ini akan bermula pada 30 Disember 2021 sehingga 15 Januari 2022
  2. Pihak  Urus Setia Pertandingan berhak untuk mengubah tempoh pertandingan mengikut kesesuaian keadaan. Pihak penganjur akan mengemaskini jika terdapat perubahan tarikh peraduan pada laman web dan media sosial Yayasan Selangor 

Metodologi Penilaian

  1. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima daripada peserta yang menyertai pertandingan ini..
  2. Penilaian akan dilakukan terhadap setiap penyertaan yang diterima daripada peserta sebelum atau pada 15 Januari 2022
  3. 5 Peserta dengan markah tertinggi akan disiarkan reka cipta logonya di laman Sosial Media Rasmi Yayasan Selangor

Panel Penilai

  1. Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dilantik.
  2. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai dan Yayasan Selangor.
  3. Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan

Hadiah

  1. Pemenang akan menerima wang tunai seperti berikut:-
  • Pertama : RM 3,000.00
  • 5 Saguhati : RM 200.00

2. Panel Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui telefon atau surat. Nama pemenang turut akan dimuatnaik di dalam laman sosial Yayasan Selangor

MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN

Jika penyertaan dalam format hardcopy boleh di poskan ke :

Bahagian Komunikasi Yayasan Selangor
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

2022-01-14T16:40:56+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY