Maklumat Am

//Maklumat Am

RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR

KAEDAH PERMOHONAN

• Tawaran kemasukan akan di buka setiap tahun selepas keputusan UPSR semasa diumumkan.

• Mengisi Borang Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 (PKA/1) dengan lengkap.

• Menghantar Borang PKA/1 yang lengkap ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor melalui serahan tangan selewat-lewatnya pada 2 Minggu Selepas Keputusan UPSR Diumumkan:

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan SelangorTingkat 17,
Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
Faks : 03-7954 1790 / 1862
Email : hep@yselangor.com

• Menunggu jawapan permohonan sama ada Berjaya / Gagal / Simpanan selewat-lewatnya 1 minggu sebelum tarikh pendaftaran ke tingkatan 1.

• Mengisi Borang Rayuan sekiranya Tidak Berjaya mendapat tawaran namun masih berminat untuk mendapat penempatan.

**Nota penting : Borang Permohonan Yang Tidak Lengkap tidak akan diproses**

KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN :

i. Menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun semasa dan mendapat 6A atau sekurang-kurangnya 2A (daripada 6 matapelajaran wajib ambil) dan lulus semua matapelajaran.

ii. Bersekolah rendah di Negeri Selangor (keutamaan untuk pelajar luar bandar) dan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

iii. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin).

iv. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.v. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.

vi. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

ASRAMA / SEKOLAH PILIHAN :

  • Asrama Pusat Yayasan Selangor
  • Asrama Daerah Yayasan Selangor
  • Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah

ASRAMA PUSAT YAYASAN SELANGOR

  • Asrama Pusat Yayasan Selangor adalah asrama di bawah Pengurusan Yayasan Selangor sepenuhnya.
  • Pelajar-pelajar akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS)

Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu :

Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)

PERSEKOLAHAN PELAJAR ASRAMA PUSAT
Pelajar akan bersekolah di salah sebuah sekolah berikut berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh JPNS dan Yayasan Selangor iaitu:

ASRAMA PUSAT NAMA SEKOLAH JANTINA
AYSSB SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam
SMK Sungai Besar, Sabak Bernam
Lelaki
Lelaki
AYSK SMK Tinggi Klang, Klang
SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang
SMK (P) Methodist, Klang
SMK  Convent, Klang
SMK Methodist ACS, Klang
SMK (P) Bukit Kuda, Klang
Lelaki
Lelaki / Perempuan
Perempuan
Perempuan
Lelaki
Perempuan

ASRAMA DAERAH YAYASAN SELANGOR

  • Asrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang diberikan kuota untuk menempatkan para pelajar Yayasan Selangor.
  • Asrama Daerah Yayasan Selangor terletak di Negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Asrama Daerah yang terletak di Negeri Selangor adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
  • Para pelajar ini tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor.
    ASRAMA DAERAH DI NEGERI SELANGOR TERDIRI DARIPDA :
DAERAH NAMA SEKOLAH JANTINA
SABAK
BERNAM
SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam
SMK Sungai Besar
SMK Munshi Abdullah, Sg Air Tawar
SMK Bagan Terap
SMK Dato’ Mustaffa, Sekinchan
Perempuan
Perempuan
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
Perempuan
KUALA
SELANGOR
SMK Dato’ Harun, Tanjong Karang
SMK Pengkalan Permatang
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
HULU
SELANGOR
SMK Kuala Kubu Bharu Lelaki / Perempuan
PETALING SMK Damansara Utama
SMK Shah Alam
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
HULU
LANGAT
SMK Tinggi Kajang
SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang
SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama)
Lelaki
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
KUALA
LANGAT
SMK Banting
SMK Bukit Changgang
SMK Telok Panglima Garang
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
SEPANG SMK Seri Sepang Lelaki / Perempuan

ASRAMA DAERAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TERDIRI DARIPADA :

  1. SMK Victoria (lelaki sahaja) – UPSR 6A sahaja

TANPA ASRAMA / BERULANG DARI RUMAH

  • Pelajar-pelajar akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
  • Pelajar berulang alik ke sekolah dari rumah masing-masing.
  • Para pelajar akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut :

NEGERI NAMA SEKOLAH JANTINA
SELANGOR SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
SMK (P) Assunta, Petaling Jaya
SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya
Perempuan
Perempuan
Lelaki
WILAYAH
PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
SMK Aminuddin Baki
SMK Seri Bintang Utara
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan

Borang Permohonan juga boleh didapati di :

  • Ibu pejabat Yayasan Selangor
  • Asrama Yayasan Selangor Klang
  • Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam
  • Kem Bina Semangat Yayasan Selangor

 

2019-09-27T01:55:37+00:00
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!