KENYATAAN MEDIA  :YAYASAN SELANGOR SALUR RMKENYATAAN MEDIA : YAYASAN SELANGOR SUMBANG RM109,600 MENERUSI PROGRAM TUISYEN PINTAR DAN SELANGKAH KE UNIVERSITI467,000 PERUNTUKAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

SUNGAI BESAR, 19 OGOS 2023 : Yayasan Selangor (YS) menyalurkan peruntukan pendidikan berjumlah RM109,600 menerusi Program Tuisyen Pintar dan Program Selangkah Ke Universiti yang memberi manfaat kepada hampir 1,000 orang murid-murid dari sekitar 4 daerah negeri Selangor.

Sejumlah RM74,000 diperuntukkan bagi Program Tuisyen Pintar yang akan dilaksanakan di dua daerah iaitu Sabak Bernam, bertempat di MRSM Sungai Besar dan Klang bertempat di Sekolah Menengah Agama Tinggi Sultan Hisamuddin.Manakala, sejumlah RM35,600 pula diperuntukkan bagi Program Selangkah Ke Universiti di dua daerah iaitu Gombak dan Petaling.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YS, Zaini Sulaiman berkata kesemua program tajaan ini akan melibatkan murid tajaan YS di setiap daerah-daerah yang terlibat.Menerusi kedua-dua program ini, YS telah menjalinkan kerjasama erat bersama YPM dalam menyediakan platform pembelajaran yang efektif melibatkan murid-murid khususnya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 dan pelajar-pelajar lepasan SPM.

“Murid-murid bukan tajaan akan turut dijemput bersama berdasarkan kekosongan slot. Di kawasan daerah Sabak Bernam, seramai 100 orang murid telah dipilih untuk menyertai Program Tuisyen Pintar yang dijalankan di MRSM Sungai Besar melibatkan murid-murid daripada 10 buah sekolah seperti SMK Sungai Besar, MITS Sabak Bernam, SMK Bagan Terap, SMK Munshi Abdullah dan lain-lain lagi.

“KPI murid yang ditetapkan dalam peperiksaan SPM adalah 5A, tetapi dengan adanya program ini, saya mengharapkan keputusan itu nanti dilonjakkan ke tahap tertinggi. Sudah tentu saya dan seluruh Pengurusan YS menyasarkan pelajar-pelajar memperolehi keputusan 8A bagi meningkatkan peluang menyambung ke institusi-institusi pengajian ternama di dalam negara mahupun luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Program Tuisyen Pintar YPM @ KKDW 2023 anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan kerjasama YS yang berlangsung pada 19 Ogos 2023 di MRSM Sungai Besar, di sini.

Selain itu, hala tuju berkait peluang dan tawaran pendidikan serta persediaan menempuh alam pekerjaan dan pemilihan bidang pengajian ke peringkat universiti turut didedahkan.Program Tuisyen Pintar ini dijadualkan diadakan pada setiap hari sabtu selama 10 sesi mulai 29 Julai 2023 sehingga 4 November 2023 manakala Program Selangkah Ke Universiti bakal bermula pada September 2023.

Untuk rekod, secara kumulatif sepanjang tahun 2018-2023, YS menyumbang RM40 juta bantuan pendidikan dan biasiswa diberikan Yayasan Selangor kepada hampir 8,000 anak Selangor untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Yayasan Selangor

20 Ogos 2023

2023-08-20T16:30:36+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY