HIPERS 2022-11-16T16:40:10+08:00

PROGRAM `HIGH POTENTIAL STUDENTS’(HIPERS)

Program Hipers.

Program ini diadakan untuk membantu lebih ramai rakyat Selangor mendapatkan kemudahan pendidikan dan mula diperkenalkan pada tahun 2014. Ia dilaksanakan di 10 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah di Negeri Selangor. Pesertanya merupakan murid Tahun 6 dan pelajar Tingkatan 5. Objektifnya ialah melonjakan pencapaian pelajar luar bandar/pinggir bandar yang berpotensi dengan meneruskan pendidikan ke sekolah-sekolah terpilih seperti SBP, MRSM dan sekolah kluster (bagi lepasan UPSR) dan dapat meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan pusat kemahiran tinggi selepas SPM. Program ini memberi impak positif kepada pelajar dan sekolah dan seterusnya melonjakkan `band’ dan disokong oleh pihak JPN Selangor. Bilangannya akan ditambah setiap tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar.

Skop / Kriteria / Keterangan Program

Penajaan murid di beberapa buah sekolah rendah dan menengah terpilih di Negeri Selangor untuk lonjakan pencapaian akademik.

Syarat Program

  1. Pemohon, ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia. Pemohon, ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau yang bertaraf pemastautin (tinggal di Negeri Selangor lebih 10 tahun).
  2.  Pendapatan per kapita keluarga di bawahRM 2,000.00. (Pendapatan per kapita = jumlah pendapatan ibu bapa/ bilangan tanggungan).​
  3. Tahun 4, 5 dan 6: Murid memperoleh keputusan keseluruhan sekurang-kurangnya 50% dalam Peperiksaan Akhir Tahun / peperiksaan yang setara.
  4. Tingkatan 4 & 5: Murid memperoleh keputusan keseluruhan sekurang-kurangnya 50% dalam Peperiksaan Akhir Tahun.

Kategori Pendapatan Kumpulan Sasar

  • Pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah isi rumah dalam tanggungan)  RM2,000.00 sebulan atau kurang.

Kadar Bantuan/ Program

  1. Penajaan Pelaksanaan Program Motivasi/ Akademik yang melibatkan murid HIPERS bagi setiap Tahun (Sek. Ren.) dan Tingkatan (Sek. Men.).
    1. Sek Ren (Tahun 4,5 & 6)
    2. Sek Men (Ting 4 & 5)
  2. Program Yayasan Selangor (Ren & Men)

Cara Memohon

  • Mengisi Borang Permohonan (DALAM TALIAN) Murid HIPERS . Selain itu, perlu mencetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui serahan tangan atau melalui pos (Tertakluk kepada sebarang perubahan).

Tarikh Mula Program

  • Januari

Tarikh Tamat Program

  • Disember

HUBUNGI KAMI

+603-7669 1100

DIREKTORI

HIGHLIGHTS

BERITA TERKINI

View More
Yayasan Selangor
ms_MY