TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR 2026
Applicants are invited to apply for the Selangor Foundation Study Loan to pursue their studies on a FULL TIME basis, in any local Public Institutions of Higher Learning / Private Institutions of Higher Learning recognised by the Government.
Syarat Kelayakan Permohonan :
-
- Pemohon, Ibu dan Bapa adalah WARGANEGARA
- Pemohon / Ibu / Bapa lahir di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
- Pemohon yang bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Selangor juga layak memohon, namun keutamaan diberikan kepada pemohon yang lahir di Negeri Selangor.
- Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan (jumlah pendapatan ibu dan bapa bahagi jumlah tanggungan)
- Pemohon sedang mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau Universiti Selangor (UNISEL) atau Universiti Islam Selangor (UIS).
- Umur pemohon tidak melebihi 30 tahun semasa tarikh permohonan ditutup.
- Tidak menerima sebarang penajaan atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau luar negara.
- Pemohon membuat permohonan pada waktu yang ditetapkan.
- Keutamaan pemberian tawaran pinjaman pelajaran diberikan kepada bekas pelajar tajaan Yayasan Selangor melalui Program :
a) Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS)
b) ‘High Potential Student’ (HIPERS)
c) Program Tingkatan Enam (PTEYS) - Pemohon yang merupakan bekas pelajar tajaan Yayasan Selangor perlu melampirkan Salinan SIJIL ANAK YAYASAN SELANGOR.
- Pemberian tawaran pinjaman pelajaran akan ditetapkan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.
Cara memohon :
- Pemohon dikehendaki memuat turun Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor.
- Borang permohonan yang lengkap diisi dan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.
Tarikh tawaran :
Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor ini dibuka mulai 27 Oktober hingga 10 November 2026
Borang
1) Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran
2) Borang Pengesahan Pemastautin
3) Borang Pengesahan Pendapatan
Contact for further enquiries/correspondence :-
BAHAGIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 17, MENARA YAYASAN SELANGOR
NO. 18A, PERSIARAN BARAT
46000 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
OFFICE HOURS:
8.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG (ISNIN-KHAMIS)
8.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI (JUMAAT)
CLOSED ON SATURDAY / SUNDAY AND PUBLIC HOLIDAYS
TELEFON: 03-7669 1100 SAMB. 162 / 188 / 125 / 238
HIGHLIGHTS
LATEST NEWS




