AIMAN HARIZ BIN MOHD AZAM
Nama saya Aiman Hariz Bin Mohd Azam, saya adalah graduan daripada Institusi UiTM Puncak Alam. Saya mengambil jurusan dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Saya baharu sahaja menamatkan pengajian saya dengan mendapatkan Ijazah Kelas Kepujian Pertama UiTM dan juga telah menerima Anugerah Naib Cancelor keran mendapat Anugerah Dekan sepanjang 8 Semesta dalam tempoh pengajian saya. Saya sekarang bekerja secara sambilan sebagai “Prove Reader”.
Bagaimana Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor membantu pelajaran anda?
Pinjam Pelajaran Yayasan Selangor banyak membantu saya dalam menstabilkan kewangan saya lebih-lebih lagi dalam menampung yuran pengajian dan membeli peralatan yang diperlukan sepanjang pengajian saya.

Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan Yayasan Selangor?
Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh pihak Yayasan Selangor, di mana staf-staf Yayasan Selangor sangat cepat dan efisien dalam membantu saya apabila saya ada pertanyaan atau apa-apa sahaja pemasalahan.
Apa ucapan atau saranan anda kepada Yayasan Selangor?
Dengan ini saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih atas peluang yang diberi untuk menerima pinjaman pelajaran Yayasan Selangor. Pinjaman yg diberi ini membuatkan saya lebih bersemangat dalam memastikan keputusan akademik saya sentiasa cemerlang sepanjang tempoh pengajian dan alhamdulillah saya telah terpilih untuk mendapatkan pengecualian pinjaman pelajaran Yayasan Selangor setelah mendapatkan Ijazah Kelas Kepujian Pertama.
Terima kasih Yayasan Selangor!