Kriteria Kemasukan

//Kriteria Kemasukan

DASAR PENGAMBILAN TINGKATAN SATU RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA YAYASAN SELANGOR

 

  • Pemohon mesti mengisi borang permohonan dengan lengkap sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Keputusan UPSR 6A atau sekurang-kurangnya 4A 2B / 2C (Mata Pelajaran Bahasa Melayu – Penulisan & Pemahaman, Matematik dan Sains) dan lulus semua mata pelajaran.
  • Bersekolah rendah dalam Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan.
  • Pemohon, ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau yang bertaraf pemastautin (tinggal di Negeri Selangor lebih 10 tahun).
  • Pendapatan per kapita keluarga (Gaji Bapa + Gaji Ibu bahagi Tanggungan) tidak melebihi RM1,500.00
  • Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan ia bergerak atau berjalan seperti turun bas, bersukan dan sebagainya.

 

DASAR PENGEKALAN PELAJAR DI BAWAH RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA YAYASAN SELANGIR (TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN LIMA)

Untuk terus kekal sebagai pelajar Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Yayasan Selangor, pelajar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

  • Pelajar mesti mencapai tahap minima 70% (Menengah Rendah) & 60% (Menengah Atas) dalam Peperiksaaan Petengahan dan Akhir Tahun.
  • Pelajar yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mesti mencapai keputusan minima 5A dengan keutamaan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  • Pelajar-pelajar yang didapati melanggar peraturan sekolah/asrama terutama digantung dan dibuang sekolah secara automatik akan terkeluar daripada tajaan Yayasan Selangor.
2018-04-02T03:30:44+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY