JAWATAN KOSONG

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada warga kerja dan warganegara Malaysia yang
berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut:

Bil Jawatan Bahagian/
Unit
Gred Gaji Taraf Jawatan Kekosongan Syarat Minima Deskripsi
Tugas
1. Eksekutif Urusetia
STANCO
Pendidikan
EY4 Kontrak 1 Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf
daripada IPTA/IPTS dalam bidang
berkaitan.
Download
2. Eksekutif Pengurusan
Modal Insan
EY4 Kontrak 1 Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf
daripada IPTA/IPTS dalam bidang
Pengurusan Sumber Manusia dan
berkaitan.
Download
3. Penyelia Pengurusan
Modal Insan
SY4 Kontrak 2 Diploma yang diiktiraf daripada IPTA/IPTS
dalam bidang berkaitan dan/atau Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
Download


PENGIKLANAN

Tarikh buka  : 29 Februari 2024 (Khamis)
Tarikh tutup : 14 Mac 2024 (Khamis)

a) Borang Permohonan Jawatan Kosong boleh dimuat turun melalui laman web Yayasan Selangor www.yayasanselangor.com.my

b) Pemohon hendaklah menghantar ‘resume’ beserta Borang Permohonan Jawatan ke Bahagian Pengurusan Modal Insan. Pemohon yang masih berkhidmat dengan Yayasan Selangor hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Bahagian/ Unit dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

PERMOHONAN
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR,
NO. 18A, PERSIARAN BARAT,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P: Bahagian Pengurusan Modal Insan)

Semua permohonan hendaklah sampai tidak lewat dari tarikh tutup iklan pada 14 Mac 2024. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

2024-02-29T16:13:05+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY