Pengambilan Murid Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Yayasan Selangor
- Di manakah saya boleh dapatkan Borang Permohonan?
- Borang Permohonan boleh didapati di laman sesawang Yayasan Selangor
- Bilakah tarikh permohonan ini dibuka dan ditutup?
- Permohonan ini akan dibuka bermula 25 Januari 2022 dan ditutup pada 11 Februari 2022
- Bagaimanakah kaedah permohonan?
- Mengisi Borang Permohonan (ATAS TALIAN) Kemasukan Ke Tingkatan 1 Tahun 2022 dan Mencetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui serahan tangan atau melalui pos sebelum atau pada 11 Februari 2022
- Saya dan suami tidak lahir di Selangor, tetapi anak saya adalah kelahiran Selangor , adakah layak untuk memohon?
- Layak , permohonan adalah tertakluk kepada samada pemohon atau ibu atau bapa adalah kelahiran Selangor.
- Kami sekeluarga bukan kelahiran Selangor, adakah layak untuk memohon?
- Layak, sekiranya pemohon atau ibu atau bapa telah bermastautin di Negeri Selangor lebih 10 tahun. Pemohon perlu melampirkan pengesahan pemastautin yang telah disahkan oleh Ketua Kampung/ Pengerusi JK Penduduk/ Taman. Borang pengesahan pemastautin boleh didapati di laman sesawang Yayasan Selangor.
- Apakah kelebihan yang disediakan oleh Yayasan Selangor untuk murid tajaan?
- Murid yang ditaja oleh Yayasan Selangor akan menikmati kemudahan berikut:-
- Biasiswa (kepada murid yang layak)
- Kelas Bimbingan
- Program Kecemerlangan Akademik
- Program Pembangunan Kendiri
- Pemantauan Berterusan
- Murid yang ditaja oleh Yayasan Selangor akan menikmati kemudahan berikut:-