TAWARAN PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN INSURAN KAKITANGAN YAYASAN SELANGOR BAGI TAHUN 2027.
SEBUTHARGA (YS/P/SH10/2026)
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) kod Perkhidmatan 221801 (Syarikat Insuran) atau 221802 (Broker Insuran) atau Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan Salinan Lesen Broker daripada Bank Negara Malaysia (BNM) ATAU Salinan Sijil Pendaftaran Ejen Korporat yang sah daripada Persatuan Takaful Malaysia (MTA) / Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebutharga seperti tajuk di atas serta maklumat berikut:
No. Sebut harga : YS/P/SH10/2026
Tarikh pelawaan : 10 OGOS 2026
Tarikh Tutup : 08 SEPTEMBER 2026
2. Dokumen Sebutharga boleh didapati di kaunter Unit Perolehan Yayasan Selangor setelah pembayaran secara ONLINE TRANSFER ke ACC MBSB Yayasan Selangor No. ACC 1005007100002680 berharga RM100.00 dan emelkan bukti pembayaran ke kewangan@yselangor.com & perolehan@yselangor.com , dokumen sebutharga akan diserahkan setelah emel diterima mulai19 OGOS 2026 pada waktu pejabat di:
Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7669 1226
Waktu
Isnin-Khamis : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.30 petang hingga 3.30 petang
3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut :
Mengenai Skop & Spesifikasi |
En Muhammad Aqmar Farhan Muhamad Rosli (03-7669 1191)
E-mel : farhan.rosli@yselangor.com |
Mengenai Dokumen Sebutharga |
En. Mohd Yazli Bin Kasmin (03-7669 1225)
E-mel : perolehan@yselangor.com |
4. Borang Sebutharga yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebutharga YS/P/SH10/2026 di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat yang sama seperti di para 2 sebelum 08 SEPTEMBER 2026 jam 12.00 tengahari.
5. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen. Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen.