TAWARAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN SERTA LANDSKAP DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR SABAK BERNAM BAGI TEMPOH 2 TAHUN
SEBUT HARGA (YS/ P/SH02/2026)
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia Kod Bidang 221001 (Pembersihan bangunan/ pejabat) dan 221002 (Membersih Kawasan) yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebutharga seperti tajuk di atas serta maklumat berikut:
No. Sebut harga : YS/ P/SH02/2026
Tarikh pelawaan : 09 MAC 2026
Tarikh Tutup : 10 APRIL 2026
2. Dokumen Sebutharga boleh didapati di kaunter Unit Perolehan Yayasan Selangor setelah pembayaran secara ONLINE TRANSFER ke ACC MBSB Yayasan Selangor No. ACC 1005007100002680 berharga RM50.00 dan emelkan bukti pembayaran ke kewangan@yselangor.com & perolehan@yselangor.com, Dokumen sebutharga akan diserahkan setelah emel diterima mulai 31 MAC 2026 pada waktu pejabat di:
Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7669 1226
Waktu
Isnin-Khamis : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
3. LAWATAN TAPAK AKAN DIADAKAN PADA;-
Tarikh : 31 MAC 2026
Jam : 12.00 tengahari
Tempat : YAYASAN SELANGOR SABAK BERNAM JALAN RAJA CHULAN 45200, SABAK BERNAM, SELANGOR.
4. Penyebutharga hendaklah membawa COP RASMI SYARIKAT semasa menyertai lawatan tapak.
5. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut :
Mengenai Skop & Spesifikasi |
En.Zaidi bin Jaafar (019-3324101 /03-3216 3548) E-mel : zaidi@yselangor.com |
Mengenai Dokumen Sebutharga |
Idrus bin Mohamed Noor (03-7669 1215) E-mel : idrus@yselangor.comMohd Yazli Bin Kasmin (03-7669 1225) E-mel : perolehan@yselangor.com |
6. Borang Sebut harga yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebut harga YS/P/SH02/2026 di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat yang sama seperti di para 2 sebelum atau pada 10 APRIL 2026 jam 12.00 tengahari.
7. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen. Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen.