MAKLUMAN UMUM PELANTIKAN PEMANGKU PENGURUS BESAR YAYASAN SELANGOR

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan sukacita dimaklumkan bahawa Puan Zahura Binti Zakry telah dilantik sebagai Pemangku Pengurus Besar, berkuatkuasa mulai 01 Oktober 2017 sehingga pelantikan Pengurus Besar Yayasan Selangor dikuatkuasakan. Berikut disertakan maklumat bagi urusan rasmi ke atas Pemangku Pengurus Besar Yayasan Selangor:

Puan Zahura Binti Zakry
Pemangku Pengurus Besar
YAYASAN SELANGOR
Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor
No 18A, Jalan Persiaran Barat,
46000 PETALING JAYA
Tel : +603-7955 1212
Faks : +603-7954 1790

Dengan pelantikan Puan Zahura Binti Zakry selaku Pemangku Pengurus Besar Yayasan Selangor, kami mengharapkan sokongan dan kerjasama yang berterusan daripada semua pihak yang berurusan dalam mengekalkan kejayaan yang dicapai selama ini dan sekaligus meningkatkan imej dan peranan YAYASAN SELANGOR sebagai pemangkin agenda “Merakyatkan Pendidikan Selangor”.

2018-01-16T07:15:50+08:00
Yayasan Selangor
en_GB