
LATAR BELAKANG
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor ialah majlis tahunan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Yayasan Selangor bagi meraikan, mengiktiraf dan menghargai kejayaan para pelajar, para guru serta sekolah-sekolah tajaan Yayasan Selangor yang berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
Penganugerahan ini merangkumi kecemerlangan akademik di peringkat sekolah rendah (UPSR), sekolah menengah (PT3 & SPM) dan pengajian tinggi (Ijazah). Selain itu, Majlis ini turut mengiktiraf sumbangan para guru dan pihak sekolah yang menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan di Yayasan Selangor.
Majlis ini akan disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor dengan menyampaikan Anugerah ini dalam bentuk wang tunai, piala iringan, piala pusingan dan sijil penghargaan.
OBJEKTIF
Mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan para pelajar Yayasan Selangor dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Memberi motivasi kepada para pelajar agar terus berusaha demi
mengekalkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan
sentiasa bersaing secara sihat di antara satu sama lain dalam menuju
ke puncak kejayaan.
Memupuk kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab semua
pihak terhadap kepentingan pendidikan dari peringkat awal
kanak-kanak.
Mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan para guru dan pihak
sekolah dalam mendidik pelajar Yayasan Selangor.
