Loading Events
  • This event has passed.

Kem Generasi Yayasan Selangor Pelajar Tingkatan 1 Asrama Yayasan Selangor 2018 atau lebih dikenali dengan nama KEM GEN YS adalah salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memperkenalkan Yayasan Selangor serta mengeratkan ukhwah silaturahim di kalangan pelajar.

Selain itu, program ini memberikan motivasi serta ransangan positif kepada para pelajar agar komited dengan tanggungjawab dan peranan masing-masing sebagai seorang pelajar yang merupakan aset penting bagi Yayasan Selangor. Program ini telah dijalankan sebanyak 4 fasa iaitu fasa 1 pada 1 – 3 Mac 2019, fasa 2 pada 15 – 16 Mac 2019 , fasa 3 pada 5 – 7 April 2019 & 12-14 April 2019. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk para pelajar adalah seperti aktiviti Physical Training & Ice Breaking, Obstacle, Jungle Tracking, Latihan Dalam Kumpulan, Persembahan Kumpulan dan Sukaneka.