RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR
Tarikh Permohonan Dibuka : 03 Januari 2024
Tarikh Permohonan Ditutup : 15 Januari 2024
Tarikh Akhir Hantar Dokumen : 26 Januari 2024
KAEDAH PERMOHONAN
1. Mengisi Borang Permohonan (ATAS TALIAN) Kemasukan Ke Tingkatan 1 Tahun 2024 dengan lengkap.
2. Cetak borang yang telah diisi dengan lengkap. Hantar borang yang telah dicetak beserta salinan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor melalui pos atau serahan tangan sebelum atau pada 26 Januari 2024
3. Dokumen yang diperlukan:
- Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga –1 salinan
- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – 1 salinan
- Sijil Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Ko Kurikulum (PAJSK) sekiranya ada – 1 salinan
- Sijil Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) sekiranya ada – 1 salinan
- Salinan Slip Gaji Ibu dan Bapa. – 1 salinan . Bagi ibu atau bapa yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi borang pengesahan pendapatan (borang pengesahan pendapatan boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor)
- Sijil kelahiran pemohon, ibu dan bapa – 1 salinan. Bagi pemohon ATAU ibu ATAU bapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengisi Borang Pengesahan Pemastautin (borang pengesahan Pemastautin boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor).
- Sijil Kematian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah meninggal dunia) – 1 salinan
- Sijil Perceraian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah bercerai) – 1 salinan
# Sila pastikan semua dokumen telah disediakan dengan lengkap dan disahkan*.
4. Keputusan permohonan boleh dirujuk menerusi laman sesawang Yayasan Selangor selewat-lewatnya dua minggu sebelum sesi persekolahan 2024 bermula.
5.Mengisi Rayuan sekiranya Tidak Berjaya mendapat tawaran namun masih berminat untuk mendapat penempatan
Nota penting: # Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan danProfesional)/ Penghulu/ Pengerusi MPKK/ Ketua Kampung / Nazir Masjid dan yang setaraf dengannya.
# Borang Permohonan Yang Tidak Lengkap tidak akan diproses
KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN :
- Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 untuk semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sekolah rendah.
- Bersekolah di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah swasta yang berdaftar di Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan untuk murid luar bandar)
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin).
- Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi bilangan isi rumah) kurang RM2000.00 sebulan.
- Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia
- Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dan tidak menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.
ASRAMA / SEKOLAH PILIHAN :
- Asrama Pusat Yayasan Selangor
- Asrama Daerah Yayasan Selangor
- Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah
ASRAMA PUSAT YAYASAN SELANGOR
- Asrama Pusat Yayasan Selangor adalah asrama di bawah Pengurusan Yayasan Selangor sepenuhnya.
- Murid akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
- Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:
Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
Penempatan Murid Asrama Pusat
Murid akan bersekolah di salah sebuah sekolah berikut berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh JPNS dan Yayasan Selangor iaitu :
ASRAMA PUSAT | NAMA SEKOLAH | JANTINA |
---|---|---|
AYSSB | SMK Ungku Aziz SMK Seri Bedena |
Lelaki Lelaki |
AYSK | SMK Tinggi Klang SMK Tengku Ampuan Rahimah SMK (P) Methodist Klang SMK Convent Klang SMK Methodist ACS, Klang SMK (P) Bukit Kuda |
Lelaki Lelaki / Perempuan Perempuan Perempuan Lelaki Perempuan |
ASRAMA DAERAH YAYASAN SELANGOR
- Asrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang diberikan kuota untuk menempatkan para pelajar Yayasan Selangor.
- Asrama Daerah Yayasan Selangor terletak di Negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Asrama Daerah yang terletak di Negeri Selangor adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
- Murid tajaan ini tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor:
DAERAH | NAMA SEKOLAH | JANTINA |
---|---|---|
SABAK BERNAM | SMK Ungku Aziz SMK Sungai Besar SMK Dato’ Mustaffa |
Perempuan Lelaki / Perempuan Perempuan |
KUALA SELANGOR | SMK Dato’ Harun SMK Pengkalan Permatang |
Lelaki / Perempuan Lelaki / Perempuan |
HULU SELANGOR | SMK Kuala Kubu Bharu | Lelaki / Perempuan |
PETALING | SMK Damansara Utama (DLP) SMK Shah Alam |
Lelaki / Perempuan Lelaki / Perempuan |
HULU LANGAT | SMK Tinggi Kajang SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama) |
Lelaki Lelaki / Perempuan Lelaki / Perempuan |
KUALA LANGAT | SMK Banting SMK Bukit Changgang SMK Telok Panglima Garang |
Lelaki / Perempuan Lelaki / Perempuan Lelaki / Perempuan |
SEPANG | SMK Seri Sepang | Lelaki / Perempuan |
ASRAMA DAERAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TERDIRI DARIPADA :
NAMA SEKOLAH | Jantina |
---|---|
SMK Aminuddin Baki | Perempuan |
TANPA ASRAMA / BERULANG DARI RUMAH
- Murid tajaan akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
- Murid berulang alik ke sekolah dari rumah masing-masing.
- Murid akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut
NEGERI | NAMA SEKOLAH | JANTINA |
---|---|---|
SELANGOR | SMK (P) Sri Aman SMK (P) Assunta SMK (L) Bukit Bintang |
Perempuan Perempuan Lelaki |
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR |
SMK Aminuddin Baki |
Lelaki |
BORANG :
1) Manual Permohonan RKPYS
2) Borang Permohonan RKPYS
3) Borang Pengesahan Pemastautin
4) Borang Pengesahan Pendapatan
HUBUNGI KAMI:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
Faks: 03-7954 1790 / 1862
Sebarang Pertanyaan sila hubungi nombor telefon yang tertera diatas:-
Waktu Urusan:
9.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Khamis)
Pengambilan Murid Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Yayasan Selangor
- Di manakah saya boleh dapatkan Borang Permohonan?
- Borang Permohonan boleh didapati di laman sesawang Yayasan Selangor
- Bilakah tarikh permohonan ini dibuka dan ditutup?
- Permohonan ini akan dibuka bermula 25 Januari 2022 dan ditutup pada 11 Februari 2022
- Bagaimanakah kaedah permohonan?
- Mengisi Borang Permohonan (ATAS TALIAN) Kemasukan Ke Tingkatan 1 Tahun 2022 dan Mencetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui serahan tangan atau melalui pos sebelum atau pada 11 Februari 2022
- Saya dan suami tidak lahir di Selangor, tetapi anak saya adalah kelahiran Selangor , adakah layak untuk memohon?
- Layak , permohonan adalah tertakluk kepada samada pemohon atau ibu atau bapa adalah kelahiran Selangor.
- Kami sekeluarga bukan kelahiran Selangor, adakah layak untuk memohon?
- Layak, sekiranya pemohon atau ibu atau bapa telah bermastautin di Negeri Selangor lebih 10 tahun. Pemohon perlu melampirkan pengesahan pemastautin yang telah disahkan oleh Ketua Kampung/ Pengerusi JK Penduduk/ Taman. Borang pengesahan pemastautin boleh didapati di laman sesawang Yayasan Selangor.
- Apakah kelebihan yang disediakan oleh Yayasan Selangor untuk murid tajaan?
- Murid yang ditaja oleh Yayasan Selangor akan menikmati kemudahan berikut:-
- Biasiswa (kepada murid yang layak)
- Kelas Bimbingan
- Program Kecemerlangan Akademik
- Program Pembangunan Kendiri
- Pemantauan Berterusan
- Murid yang ditaja oleh Yayasan Selangor akan menikmati kemudahan berikut:-