KERJASAMA PENAJAAN MURID TINGKATAN SATU MENERUSI PROGRAM BUDI YAYASAN SELANGOR & MARA

PROFIL AGENSI :

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia.  MARA bukan sahaja menawarkan biasiswa bagi pelajar yang layak tetapi menubuhkan beberapa institusi pendidikannya sendiri seperti MRSM, Kolej MARA, Kolej Profesional MARA (KPM), GiatMARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KPTM), MARA – Japan Industrial Institute (MJII), Institut Kemahiran MARA (IKM), German – Malaysia Institute (GMI), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Ploy-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

OBJEKTIF PROGRAM:

  1. `Future leaders incubator programme’ program yang direncanakan untuk melahirkan generasi bakal pemimpin di masa hadapan.
  2. Murid yang terpilih berpeluang untuk meneruskan persekolahan di tempat terpilih dengan iklim pembelajaran yang baik serta teknologi yang terkehadapan serta membantu membangunkan jati diri, kepimpinan, sahsiah, rohani dan intelektual.
  3. Melahirkan murid yang global, cemerlang dan kompetitif dan seterusnya menghasilkan modal insan yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan bertaraf dunia.
  4. Melahirkan ahli profesional, teknokrat, usahawan dan mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah sebagai Generasi Ulul Albab.

Sasaran – 40 orang murid-murid kelahiran Selangor yang cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

2024-07-03T14:56:57+08:00
Yayasan Selangor
en_GB