TAWARAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN BULANAN SECARA NON-KOMPREHENSIF SISTEM PENGHAWA DINGIN DI BANGUNAN YAYASAN SELANGOR KAMPUNG BARU.

SEBUT HARGA (YS/ P/SH 11/2025)

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat berdaftar yang diberi tauliah oleh CIDB Kategori (M01) atau KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) kod Perkhidmatan 220301 dan keutamaan kepada syarikat yang berpengalaman dalam kerja-kerja berkaitan seperti tajuk di atas serta maklumat berikut:

No. Sebut harga         : YS/ P/SH 11/2025
Tarikh pelawaan       : 22 OKTOBER 2025
Tarikh Tutup              : 11 NOVEMBER 2025
  1. Dokumen Sebut harga berharga RM 50.00 boleh didapati mulai ( 03 NOVEMBER 2025 ) di:
Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7669 1226
Waktu    
Isnin-Khamis   :    9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari | 2.30 petang
 hingga 4.00 petang
Jumaat              :     
9.00 pagi hingga 11.30 tengah hari |   3.00 petang hingga 4.00 petang

2. LAWATAN TAPAK AKAN DIADAKAN PADA;-

Tarikh  :  31 OKTOBER 2025
Jam       : 10.00 pagi
Tempat  : 
TINGKAT 9, BANGUNAN YAYASAN SELANGOR KG. BARU, JALAN RAJA MUDA ABDUL AZIZ SHAH,KUALA LUMPUR
3. Penyebut harga hendaklah membawa Cop Syarikat bagi tujuan pendaftaran semasa menyertai lawatan tapak
4. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi  pegawai seperti berikut :
Mengenai Skop & Spesifikasi
En.Johari Zaiton (03-7669 1157)
E-mel :johari@yselangor.com
Mengenai Dokumen Sebutharga
En. Idrus Bin Mohamed Noor (03-7669 1226)
E-mel :perolehan@yselangor.com
5. Pemilik syarikat ATAU Wakil syarikat dibenarkan untuk menghadiri lawatan tapak. Kegagalan menghadiri lawatan tapak bererti syarikat TIDAK LAYAK untuk membida.
6. Borang Sebut harga yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebut harga YS/P/SH 11/2025 di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat di Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. sebelum atau pada 11 NOVEMBER 2025 jam 12.00 tengahari..
7. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen. Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen
2025-10-17T15:26:51+08:00
Yayasan Selangor
en_GB