TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR TAHUN 2024

Syarat Kelayakan Permohonan :

  1. Pemohon merupakan BEKAS PELAJAR TAJAAN YAYASAN SELANGOR di peringkat menengah melalui Program :
    1. Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS)
    2. ‘High Potential Student’ (HIPERS)
    3. Program Tingkatan Enam (PTEYS)
    4. RKPYS – anak wargakerja.
  2. Pemohon sedang mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau Universiti Selangor (UNISEL) atau Universiti Islam Selangor (UIS).
  3. Tidak menerima sebarang penajaan atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau luar negara.
  4. Umur tidak melebihi 30 tahun
  5. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia
  6. Pemohon / Ibu / bapa lahir di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974
  7. Pemohon yang bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Selangor juga layak memohon, namun keutamaan diberikan kepada pemohon yang lahir di Negeri Selangor
  8. Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan
  9. Pemohon membuat permohonan pada waktu yang ditetapkan
  10. Keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad
  11. Pemohon perlu melampirkan Salinan SIJIL ANAK YAYASAN sebagai bukti pernah menerima tajaan

Cara memohon :

Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor  di laman sesawang Sistem Pembiayaan Pendidikan Negeri Selangor ( https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login ) .

Tarikh tawaran  :

Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor ini dilanjutkan sehingga 8 Januari 2025.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi  : Tel: 03-7669 1153 / 1188 /1213

Email: tajaan@yselangor.com

2025-01-02T10:26:22+08:00
Yayasan Selangor
en_GB