SITI AISYAH BINTI MOHAMAD SHAH
Saya Siti Aisyah Binti Mohamad Shah, graduan Universiti Malaya dan saya juga merupakan peminjam pinjaman pelajaran Yayasan Selangor.
Bagaimana Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor membantu pelajaran anda?
Pinjaman Yayasan Selangor telah banyak membantu saya ketika saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Pinjaman ini telah membantu untuk mengurangkan bebanan kewangan kedua ibu bapa saya yang perlu menanggung 3 orang lagi adik beradik saya pada waktu itu.

Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan Yayasan Selangor?
Seterusnya saya sangat berpuashati dengan khidmat yang diberikan oleh Yayasan Selangor bermula daripada proses permohonan pinjaman ini sehinggalah kepada proses permohonan pengecualian bayaran. Walaupun terdapat sedikit penangguhan ketika proses permohonan pengecualian bayaran disebabkan oleh PKP. Namun pihak Yayasan Selangor telah berjaya menjalankan tugas mereka dengan penuh efisien
Apa ucapan atau saranan anda kepada Yayasan Selangor?
Akhir sekali saya ingin mencadangkan kepada pihak Yayasan Selangor untuk mengadakan bengkel-bengkel kemahiran kepada peminjam pinjaman pelajaran Yayasan Selangor bagi meningkatkan kredibiliti mereka sebagai seorang mahasiswa dan seorang graduan di masa akan datang.