NURZAHIRA BINTI ABDUL BASID
Saya NURZAHIRA BINTI ABDUL BASID, saya adalah graduan dari Universiti Selangor dan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik Digital. Saya memperolehi CGPA 3.78. Buat masa sekarang saya adalah seorang pereka grafik di sebuah syarikat kosmetik.
Bagaimana Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor membantu pelajaran anda?
Kemudahan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor ini amat bermakna bagi saya kerana ia banyak membantu saya dari segi kos Pendidikan dan juga perbelanjaan tambahan, di mana saya tidak perlu lagi membebankan keluarga saya dan saya dapat lebih fokus dengan pelajaran saya.

Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan Yayasan Selangor?
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yayasan Selangor kerana telah memilih saya sebagai salah seorang penerima pembiayaan ini. Saya sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh pihak Yayasan Selangor, kerana semuanya adalah sangat mudah dan berjalan lancar daripada mula hingga akhirnya.
Apa ucapan atau saranan anda kepada Yayasan Selangor?
Yayasan Selangor ini adalah alternative yang terbaik bagi anak-anak Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi sejajar dengan mottonya “ Pendidikan Unggul, mengupaya Insan, Merealisasi Wawasan”