SOALAN LAZIM BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN YS

1. Bilakah peminjam perlu mula membuat bayaran balik?

Bayaran balik akan dijadualkan bermula selepas 6 bulan daripada tarikh tamat pengajian.

2. Perlukah saya menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada YS sebelum memulakan bayaran balik?

TIDAK. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam Surat Pemberitahuan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran mengikut bulan mula bayar dan kadar bayaran yang telah ditetapkan.

3. Bilakah Tarikh bayaran balik dibayar setiap bulan?

Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya.

4. Bolehkah saya membayar balik kurang daripada jumlah ansuran yang ditetapkan?

TIDAK. Jumlah yang dibayar kurang akan dianggap sebagai jumlah tunggakan dan jumlah tunggakan tersebut hendaklah dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

5. Bolehkah saya membayar balik lebih daripada jumlah ansuran yang ditetapkan?

BOLEH. Pembayaran melebihi jumlah ansuran membolehkan peminjam menyelesaikan pinjaman lebih awal dan akan dapat menikmati rebet 4% caj perkhidmatan sekiranya jumlah pinjaman dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan sebarang tanpa sebarang notis tuntutan perundangan.

6. Bagaimana caranya untuk membayar balik pinjaman pelajaran YS?

Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman pelajaran seperti dijadual;-

KAEDAH BAYARAN SALURAN
Tunai Kaunter Bahagian Kewangan
Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor
Potongan Gaji Potongan gaji hendaklah dibuat melalui Majikan. Bayaran balik hendaklah di rujuk terlebih dahulu dengan pihak Majikan
sebelum YS mengeluarkan surat arahan potongan gaji.
Perbankan Internet JomPAY Billercode : 83063
Ref-1 : No. Akaun Pelajar
Ref-2 : No. Kad Pengenalan Pelajar
Akaun II KWSP i. Pengesahan jumlah pinjaman/baki pinjaman daripada YS
ii. Permohonan pengeluaran di kaunter KWSP

7. Adakah YS akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik pinjaman pelajaran?

YA. YS hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik yang dibuat di Kaunter Pembayaran di YS. Resit rasmi tidak akan dikeluarkan untuk transaksi melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen kutipan hutang. Bukti bayaran melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen kutipan hutang perlu dicetak dan disimpan sebagai rujukan. Walau bagaimanapun Bahagian Kewangan YS akan mengeluarkan resit sebagai rekod fail peminjam. Resit hanya akan diserahkan sekiranya ada permohonan dan diserahkan secara e-mail.

8. Bolehkah peminjam membuat penangguhan bayaran balik?

BOLEH. YS boleh memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja. Permohonan bertulis hendaklah dibuat oleh pelajar dengan menyertakan salinan surat tawaran daripada Institusi berkaitan.

9. Bolehkan peminjam mendapatkan pengecualian bayaran balik?

BOLEH. Pengecualian ke atas jumlah pembiayaan boleh diberikan kepada pelajar yang membuat permohonan sahaja. Pengecualian bayaran balik 100% atau 50% ke atas jumlah pembiayaan hanya akan diberikan kepada peminjam/pelajar yang TAMAT PENGAJIAN dengan keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA bermula 3.50. Keputusan Akademik hendaklah mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada pihak Institusi sebelum dihantar kepada YS. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Dasar Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor.

10. Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran YS?

a. Surat permohonan rasmi daripada peminjam/pelajar.
b. Salinan Transkrip Akademik Rasmi yang telah disahkan oleh Universiti
c. Salinan Sijil Senat yang telah disahkan oleh Universiti

11. Adakah saya akan diberikan pengecualian bayaran balik (Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah) sekiranya saya layak tetapi tidak membuat permohonan?

Peminjam yang memenuhi syarat tetapi tidak membuat permohonan akan diminta untuk membuat bayaran penuh ke atas jumlah pinjaman seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian pinjaman pelajaran. Oleh itu, peminjam dinasihatkan untuk membuat permohonan sebaik sahaja mendapat Sijil Senat dan Transkrip Rasmi yang telah disahkan oleh pihak Institusi.

12. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya gagal untuk membuat bayaran balik?

Peminjam dan penjamin akan dikenakan tindakan Senarai Hitam di pangkalan data Agensi Laporan Kredit. Senarai hitam ini akan terpapar pada rekod kewangan peminjam dan penjamin di Bank Negara.

2021-09-01T23:03:43+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY