YAYASAN SELANGOR SALUR BANTUAN KEBAKARAN KEPADA SEKOLAH AGAMA MENENGAH SULTAN HISAMUDDIN KLANG

Pada 24 April 2022, sekitar jam 9.30 malam, tingkat tiga asrama lelaki di Sekolah Agama Menengah (SAM) Sultan Hisamuddin Klang telah terbakar sehingga memusnahkan 70 peratus bangunan asrama. Para pelajar sekolah terbabit bernasib baik tidak berada di asrama semasa kejadian kerana sedang menunaikan solat tarawih di surau sekolah.
Kejadian kebakaran tersebut telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan murid-murid telah kehilangan buku-buku nota dan rujukan, alat tulis, pakaian seragam sekolah dan juga barangan peribadi. Daripada 43 pelajar yang terkesan, 3 daripadanya adalah merupakan murid tajaan Yayasan Selangor iaitu Muhammad Hakimmi Hlymean Md Zamri (Tingkatan 2), Muhammad Irfan Adi Fazli (Tingkatan 3) dan Shahrul Anwar Shahnazri (Tingkatan 4).
Sekolah ini adalah merupakan salah sebuah sekolah yang mendapat tajaan Yayasan Selangor melalui Program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Dengan Kerjasama Yayasan Selangor (RKPYS) semenjak tahun 2008. Untuk rekod, sekolah ini  menempatkan seramai 40 orang murid tajaan Yayasan Selangor yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 37 orang murid perempuan.
Yayasan Selangor menzahirkan rasa simpati kepada pihak sekolah di atas musibah kebakaran  yang menimpa dan berusaha untuk membantu meringankan beban yang ditanggung.  Justeru itu, Yayasan Selangor telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM1,000.00 kepada pihak sekolah; manakala ketiga-tiga pelajar tajaan Yayasan Selangor yang terlibat menerima sumbangan RM500 setiap seorang bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung.
Sumbangan bantuan kebakaran daripada Yayasan Selangor telah disampaikan dalam satu majlis ringkas pada 7 Julai 2022 oleh Pengurus Kanan Pendidikan Yayasan Selangor, Puan Zahura binti Zakry kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Mohamad Rahman bin Sulaiman serta pelajar yang terkesan di Sekolah Agama Menengah (SAM) Sultan Hisamuddin, Klang.
“PENDIDIKAN UNGGUL : MENGUPAYA INSAN, MEREALISASI WAWASAN” “SELANGOR MAJU BERSAMA”
Yayasan Selangor 8 Julai 2022
Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat 1965. Objektif penubuhannya adalah untuk memberi bantuan dan galakan dalam bidang pendidikan kepada semua rakyat Malaysia khasnya di negeri Selangor yang kurang kemampuan tetapi berpotensi. S
Untuk maklumat lanjut berkenaan siaran media ini, sila hubungi Bahagian Komunikasi Yayasan Selangor di talian 03-76691 118 / 210 / 117, email: kke@yselangor.com
“PENDIDIKAN UNGGUL : MENGUPAYA INSAN, MEREALISASI WAWASAN” “SELANGOR MAJU BERSAMA”
ehingga kini, Yayasan Selangor terus konsisten mengekalkan tradisinya
membangunkan sumber manusia di negeri Selangor melalui program-program pendidikan anjurannya selaras dengan
visinya untuk “menyediakan prasarana pendidikan yang efektif dalam membentuk generasi insan kamil”.
Maklumat lanjut mengenai Yayasan Selangor boleh diperolehi di www.yayasanselangor.org.my
2022-07-08T19:16:06+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY