SIARAN MEDIA : SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (SAS) JUARAI PERTANDINGAN DEBAT YAYASAN SELANGOR

Yayasan Selangor telah menganjurkan Pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor Kali Ke-12 (DPYS12) yang telah berlangsung sepenuhnya secara dalam talian buat julung-julung kalinya berikutan pandemik Covid19 mulai 27 November 2021 sehingga 4 Disember 2021.
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) telah berjaya menjuarai Debat Bahasa Melayu dengan menewaskan pencabar tradisi iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di pertandingan akhir yang diadakan pada 4 Disember 2021 lalu.
Pidato Bahasa Melayu telah dijuarai oleh saudara Hazif Danish bin Darwis daripada Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dengan tajuk pidato “Keluarga Malaysia: Kita Bersama”. Manakala saudara Tengku Muhammad Danish bin Tengku Shaifful Bahri dari MRSM Tun Ghafar Baba dengan tajuk “Colours of Our Country” telah menjuarai Pidato Bahasa Inggeris. Pemenang acara pidato mendapat hadiah berupa wang tunai RM800.00, piala iringan dan sijil pencapaian.
Pada pertandingan akhir Debat Bahasa Melayu, pasukan SAS yang bertindak sebagai pihak “Kerajaan” dengan tajuk “Undi 18 Bukan Yang Belia Mahu” telah memenangi pertandingan akhir dengan margin 1.33 dan juri 6-1. Sebagai juara, pasukan SAS memperolehi hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM3,000.00, piala iringan dan sijil pencapaian, manakala pasukan MCKK sebagai Naib Juara mendapat hadiah wang tunai RM2,000.00, piala iringan dan sijil pencapaian. Pendebat daripada MCKK iaitu saudara Carshief Darius Ambar bin Saiful Ambar pula telah dipilih sebagai Pendebat Terbaik pertandingan akhir itu dan merangkul hadiah wang tunai RM500.00, piala iringan dan sijil pencapaian.
YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor juga telah merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua peserta yang menyertai pertandingan kali ini. Menurut beliau, pertandingan seperti ini amat dialu-alukan penganjurannya sebagai melengkapkan lagi proses Pendidikan pelajar seiring Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Pertandingan Debat dan Pidato YS Kali Ke-12 ini telah menerima penyertaan daripada 135 orang pelajar daripada 22 buah sekolah dari seluruh negara. Penyertaan ini terdiri daripada 26 pasukan debat, 20 penyertaan pemidato Bahasa Melayu dan 14 pemidato Bahasa Inggeris. Senarai lengkap pemenang dan penyertaan adalah seperti lampiran.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang.
KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN DEBAT & PIDATO YAYASAN SELANGOR KALI KE-12 / 2021
PERTANDINGAN DEBAT
| KEDUDUKAN | SEKOLAH & PELAJAR | HADIAH |
| JOHAN | SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (SAS) | RM3,000.00 + Piala + Sijil |
| NAIB JOHAN | KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR (MCKK) | RM2,000.00 + Piala + Sijil |
| PENDEBAT TERBAIK AKHIR
|
CARSHIEF DARIUS AMBAR BIN SAIFUL AMBAR
(KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR) |
RM500.00 + Piala + Sijil |
| SEKOLAH LAYAK KE SEPARUH AKHIR
|
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (STAR)
MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG (MTNP) |
RM800.00 + Piala + Sijil
RM800.00 + Piala + Sijil |
| SEKOLAH LAYAK KE SUKU AKHIR
|
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (SAS B)
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAIPING SBPI GOMBAK (INTERGOMB B) SBPI GOMBAK (INTERGOMB C) |
RM250.00 + Piala + Sijil
RM250.00 + Piala + Sijil RM250.00 + Piala + Sijil RM250.00 + Piala + Sijil |
| 5 PENDEBAT TERBAIK KESELURUHAN |
1. AMSYAR HAZIM BIN MOHD REDZUAN (SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH) 2. NIK MUHAMMAD ZIDDBI HILYATH BIN NIK MOHD HASRUL (SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH) 3. MUHAMMAD IMAN SYAHMI BIN MIZUAN (SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH) 4. CARSHIEF DARIUS AMBAR BIN SAIFUL AMBAR (KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR) 5. MUHAMMAD NAFIS ISKANDAR BIN MOHD MUNIR (SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN) |
RM100.00 + Piala + Sijil RM100.00 + Piala + Sijil RM100.00 + Piala + Sijil RM100.00 + Piala + Sijil RM100.00 + Piala + Sijil |
PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU
| KEDUDUKAN | SEKOLAH & PELAJAR | HADIAH |
|
JOHAN
|
HAZIF DANISH BIN DARWIS (KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR) |
RM800.00 + Piala + Sijil
|
|
NAIB JOHAN
|
MUHAMMAD AIDIL BIN AHMAD MARZUKI (SMK DATO’ KAMARUDDIN) |
RM500.00 + Piala + Sijil
|
|
TEMPAT KE-3
|
DANIA BATRISYIA MOHD SHUKRI (SBPI TUN ABDUL RAZAK) |
RM300.00 + Piala + Sijil |
| TEMPAT KE-4
|
MUHAMMAD MIKA’IL JAZLI BIN MOHAMAD FADHLI
(KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH) |
RM200.00 + Piala + Sijil
|
| TEMPAT KE-5 | SITI RUQAYYAH HAYATI BINTI MOHD FADZLI
(MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG) |
RM200.00 + Piala + Sijil
|
PERTANDINGAN PIDATO BAHASA INGGERIS
| KEDUDUKAN | SEKOLAH & PELAJAR | HADIAH |
| JOHAN |
TENGKU MUHAMMAD DANISH BIN TENGKU SHAIFFUL BAHRI (MRSM TUN GHAFAR BABA) |
RM800.00 + Piala + Sijil
|
| NAIB JOHAN
|
MUHAMMAD HAZIQ BIN NAZMAN (KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH) |
RM500.00 + Piala + Sijil |
| TEMPAT KE-3 | EIMAN CAHAYA DINI BINTI NASIRON
(SMK(P) SRI AMAN) |
RM300.00 + Piala + Sijil |
| TEMPAT KE-4
|
NURUL IZZATI BINTI ZAMRI
(SBPI TUN ABDUL RAZAK) |
RM200.00 + Piala + Sijil
|
| TEMPAT KE-5
|
AHMAD AIMAN BIN MASRI
(MRSM KUBANG PASU) |
RM200.00 + Piala + Sijil
|
Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat 1965. Objektif penubuhannya adalah untuk memberi bantuan dan galakan dalam bidang pendidikan kepada semua rakyat Malaysia khasnya di negeri Selangor yang kurang kemampuan tetapi berpotensi. Sehingga kini, Yayasan Selangor terus konsisten mengekalkan tradisinya membangunkan sumber manusia di negeri Selangor melalui program-program pendidikan anjurannya selaras dengan visinya untuk “menyediakan prasarana pendidikan yang efektif dalam membentuk generasi insan kamil”.
Maklumat lanjut mengenai Yayasan Selangor boleh diperolehi di www.yayasanselangor.org.my
Untuk maklumat lanjut berkenaan siaran media ini, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat Yayasan Selangor di talian 03-76691 118 / 210 / 117, email: kke@yselangor.com