Sekolah Terbaik Program HIPERS Sekolah Rendah

Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 terletak di Bukit Beruntung, Rawang Selangor. Sekolah ini diterajui oleh seorang guru besar yang sangat berwibawa iaitu Encik Mohd Hasren bin Damiri. Sekolah ini mempunyai guru seramai 115 orang dan jumlah murid berjumlah 1,653 orang.
Murid – murid di bawah Program HIPERS di sekolah ini menunjukkan prestasi cemerlang bila mana pencapaian UPSR 2019 mencatat 87% murid mendapat 3A dan ke atas. Daripada 30 calon UPSR, 7 orang mendapat keputusan 6A. Pencapaian sekolah ini telah mengatasi 12 sekolah HIPERS yang lain.
Pengurusan Yayasan Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga SK Taman Bunga Raya 1, terutama kepada guru besar, Encik Mohd Hasren bin Damiri dan Puan Fatimah binti Mamat selaku guru penyelaras atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh murid – murid HIPERS.