Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia RKPYS Aliran Agama

Cahayamata kepada pasangan suami isteri Encik Noor Maisam bin Mohd Noor dan Puan Azrina binti Jonit ini mendapat pendidikan awal di SRAI Bandar Baru Bangi sebelum menyambung persekolahan peringkat menengah di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Sepang berbekalkan keputusan 5A dalam UPSR dan Mumtaz dalam PSRA. Beliau berjaya khatam hafazan 30 juzuk ketika berada di tingkatan 3.

Di sebalik pandemik covid 19 yang melanda negara bermula 18 Mac 2020, anak ketiga daripada lima orang adik beradik ini tetap tekad dan menggandakan aktiviti pembelajaran lebih daripada biasa. Usaha gigih beliau nyata berbaloi apabila mendapat keputusan terbaik di kalangan 311 orang calon SPM 2020 tajaan Yayasan Selangor dalam Aliran Agama dengan pencapaian 11A (GPP 0.36).

Keputusan SPM yang cemerlang telah melayakkan beliau menerima penajaan daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Ketika ini beliau sedang mengikuti kursus persediaan “American Degree Program” di Taylor’s University Lakeside Campus bagi tempoh 1 tahun sebelum terbang ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang Matematik pada bulan September 2022. Yayasan Selangor turut berbangga dengan pencapaian beliau dan mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya’.

2022-01-06T09:59:48+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY