Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia Program HIPERS

Noor Fatin Farhani binti Noor Selamat merupakan anak kepada pasangan Puan Fadzilah binti Daud dan Encik Noor Selamat bin Jahron. Berasal dari Seksyen 7, Bandar Tasik Senangin, Mahkota Hills, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Beliau merupakan murid yang peramah dan aktif dalam Persatuan Kadet Polis, Persatuan Pendidikan Islam dan terlibat dalam aktiviti sukan, iaitu bola tampar. Memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Persatuan Pendidikan Islam, beliau sangat disenangi oleh rakan-rakan kerana sifat periang dan mesra. Membaca novel bagi mengisi masa lapang merupakan hobi beliau.

Beliau bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Perancis dan menjadi seorang jurutera yang berjaya. Kini beliau meneruskan pengajian di UniKL MFI dalam bidang Foundation in Pre-France Engineering.

2022-01-12T09:00:21+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY