Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia Program HIPERS

Nabilah Husna binti Abdul Wahid merupakan anak kepada pasangan Puan Zaihaidah binti Hassan Raza dan Encik Abdul Wahid bin Abdul Rani. Beliau bercita-cita untuk menjadi Doktor Pakar Kanser dan mempunyai hobi menonton filem.
Mempunyai bakat sebagai pemimpin, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Kelab Stem dan merupakan Pengawas Pusat Sumber di sekolah. Beliau terlibat dalam ‘Brain BeeChallenge’ (tempat ke 5 peringkat Negeri) dan merupakan ‘best speaker’ peringkat Negeri dalam pertandingan Bitara Stem Smart City.
Beliau kini melanjutkan pelajaran di USM -KLE Belgaum, India dalam bidang perubatan. Harapan beliau pada masa hadapan adalah untuk memberi kebahagiaan kepada kedua ibu bapa dan seterusnya berjaya mencapai cita–cita untuk menjadi Doktor Pakar Kanser.