Pelajar Terbaik Kokurikulum (P)

Beliau merupakan cahayamata kepada pasangan suami isteri Encik Baharin bin Makhatar dan Puan Nora Hasna binti Baharon. Bersekolah rendah di SK Dato’ Maharajalela, beliau diserap sebagai murid tajaan melalui Program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Selangor berdasarkan pencapaian 4A 2B dalam UPSR dan Mumtaz PSRA serta bersekolah di SAM Jeram.

Fatin merupakan salah seorang murid yang sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum. Antara kejayaan cemerlang yang berjaya diraihnya adalah Tempat Ketiga dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Arab Peringkat Negeri. Beliau juga merupakan Peserta Hiwar (Berdialog Dalam Bahasa Arab) Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah Malaysia (MISS) 3 dan pernah menyertai Program Pertandingan dan Pameran Poster Perpaduan.

Di sebalik kejayaan di bidang kokurikulum, beliau juga berjaya mencapai keputusan yang baik dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dengan pencapaian 10A1B1C. Fatin akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada bulan Mac 2022 dan sama-samalah kita mendoakan kejayaan beliau.

2022-01-06T11:31:58+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY