PENAJAAN PELAJAR KE KOLEJ YAYASAN SAAD

PROFIL AGENSI :
Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) ialah sebuah sekolah/ kolej swasta berasrama penuh. KYSM merupakan sebuah kolej yang diiktiraf dan diperakui dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang, berilmu pengetahuan dan berketrampilan.
OBJEKTIF PROGRAM:
- Sebagai ‘future leaders incubator programme’ iaitu program yang direncanakan untuk melahirkan bakal pemimpin di masa hadapan.
- Murid tajaan Yayasan Selangor yang cemerlang berpeluang untuk meneruskan persekolahan di sekolah elit dengan iklim pembelajaran yang lebih kondusif, prasarana yang lebih efektif serta membantu membangunkan jati diri, kepimpinan, sahsiah, rohani dan intelektual.
- Melahirkan murid yang global, cemerlang dan kompetitif dan seterusnya menghasilkan modal insan yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan bertaraf dunia.
Sasaran – dua orang murid cemerlang tajaan Yayasan Selangor (lepasan Tingkatan Tiga).