KERJASAMA PROGRAM PENAJAAN MURID TINGKATAN ENAM YAYASAN SELANGOR & JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (JPNS)

PROFIL AGENSI:

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan semua perkara berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah menengah dan rendah di Negeri Selangor.

OBJEKTIF PROGRAM:

  1. Memberi kemudahan seperti biasiswa, kelas bimbingan, seminar dan program pembangunan potensi diri kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Membantu melonjakkan pencapaian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Negeri Selangor.
  3. Meningkatkan bilangan pelajar lepasan STPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPTA/ IPTS.

Sasaran – pelajar Tingkatan Enam daripada keluarga berpendapatan rendah di sekolah/ kolej Tingkatan Enam terpilih di Negeri Selangor

2024-07-03T14:49:18+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY