KLANG, 23 MAC 2024 : Yayasan Selangor meneruskantradisi penganjuran Program Rewang Sahur DatoMenteri Besar Merangkap Pengerusi Ahli LembagaPemegang Amanah Yayasan Selangor BersamaKakitangan dan Murid Asrama Yayasan Selangor yang telah dijalankan pada 23 Mac 2024 di Asrama YayasanSelangor Klang, di sini.

Program yang memasuki edisi kedua penganjurannyaitu melibatkan seramai hampir 300 murid tajaanYayasan Selangor Klang yang berpeluang bersahurbersama YAB Dato‘ Seri Amirudin Shari selain turutmendengar Kuliyyah Subuh yang disampaikan olehUstaz Fakhrul UNIC.

Menteri Besar dalam kenyataannya berkata, menjadiimpian beliau untuk menyaksikan negeri Selangor menjadi barisan hadapan dalam menerajui agenda transformasi negara. Di samping melihat program-program pembelajaran dan pembangunan nilai dansahsiah serta kapasiti berfikir anak-anak dipupukmenerusi program-program kerohanian.

Saya juga berharap sepanjang anak-anak berada di suasana asrama, turut dapat merasai keberkatanRamadan yang pastinya sarat dengan program-program kerohanian anjuran pihak asrama. Di samping menuntutilmu, jangan lupa untuk tingkatkan amal ibadah yang sebenarnya akan menjadi sumber kekuatan dankecergasan dalam mencapai kejayaan.”

Menteri Besar turut meluangkan masa menyertairewang dalam menyediakan juadah sahur. Di program yang sama, beliau berbesar hati menyampaikansumbangan duit raya di samping menyempurnakanpenyerahan sumbangan Pek Sahur Makanan Keringtajaan 99 Speed Mart Sdn Bhd kepada murid-muridtajaan Yayasan Selangor.

Selain itu, Yayasan Selangor turut menyampaikansumbangan Pek Sahur kepada anggota bertugasbarisan hadapan yang terdiri daripada anggota PDRM, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia danPenguatkuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang. Penyerahan sumbangan berkenaan turutdisempurnakan oleh Menteri Besar disampaikan kepadawakil anggota yang bertugas pada pagi tersebut. Diharapkan pemberian sumbangan makanan ini secaratidak langsung berjaya menaikkan semangat semuapetugas anggota barisan hadapan agar terusberkhidmat dengan baik demi masyarakat dan negara di samping menjalani ibadah di bulan Ramadan.

Yayasan Selangor

23 Mac 2024

2024-03-23T23:34:32+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY