KENYATAAN MEDIA PROGRAM INISIATIF TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) YAYASAN SELANGOR SANTUNIKELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH DAN ASNAF

Menyedari situasi yang mencabar pada masa kini, Yayasan Selangor (YS) terpanggil untuk kehadapanmemberi sumbangan barangan keperluan asas danwang tunai kepada golongan yang memerlukan yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah danasnaf daripada keluarga pelajar tajaan YS.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YS, Encik ZainiSulaiman berkata, sumbangan itu adalah pengisianaktiviti Kembara Kasih Aidilfitri 2024 yang dilaksanakanoleh Unit Komunikasi YS.

Sumbangan yang dihulurkan ini adalah berlandaskankewajipan tuntutan salah satu rukun Islam sertakomitmen YS kepada 10 keluarga asnaf danberpendapatan rendah yang terpilih menerimasumbangan menerusi inisiatif tanggungjawab sosialkorporat YS.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapatmenggembirakan hati dan membantu meringankanbeban kewangan mereka dalam membuat persiapanHari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti”, katanya.

Jumlah keseluruhan sumbangan adalah bernilaiRM8,000 yang terdiri daripada sumbangan baranganmakanan asas bernilai RM300 dan sumbangan wangtunai RM500 untuk satu keluarga telah disampaikansecara berperingkat oleh Pemangku Ketua PegawaiEksekutif, Encik Zaini Sulaiman dan Puan NorhayatiUmor, Pengurus Komunikasi.

Diharap sumbangan ini dapat memberi keceriaan danmembolehkan mereka merasai nikmat berhari rayadengan lebih bermakna.

Semoga inisiatif ini juga secara tidak langsung memberikesedaran agar kita sentiasa mengambil berat tentangkeresahan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam lain, seterusnya membentuk serta membinakesejahteraan ummah apabila yang susah dibantu, yang lemah terus disantuni,” katanya.

Yayasan Selangor

3 April 2024

2024-04-03T17:30:02+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY