JAWATAN KOSONG
Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada warga kerja dan warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut:
CARA MEMOHON
a) Borang Permohonan Jawatan Kosong boleh dimuat turun melalui laman web Yayasan Selangor http://www.yayasanselangor.org.my
PENGIKLANAN
Tarikh Buka : 07 November 2025 (Jumaat)
Tarikh Tutup : 21 November 2025 (Jumaat)
b) Pemohon hendaklah menghantar ‘resume’ beserta Borang Permohonan Jawatan ke Bahagian
Pengurusan Modal Insan. Pemohon yang masih berkhidmat dengan Yayasan Selangor hendaklah
mengemukakan permohonan melalui Ketua Bahagian/ Unit dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil
yang berkaitan yang telah disahkan.
PERMOHONAN
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:
YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR,
NO. 18A, PERSIARAN BARAT,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P: Bahagian Pengurusan Modal Insan)
Semua permohonan hendaklah sampai tidak lewat dari tarikh tutup iklan pada 21 November 2025. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
JAWATAN DIBUKA :
1) Eksekutif Kanan Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat