TAWARAN KERJA-KERJA PENDAWAIAN SEMULA DAN SENGGARAAN ELEKTRIK SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG.
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kategori ME Pengkhususan E04 dan E11 yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebutharga seperti maklumat berikut:
| NO. RUJUKAN | KOD BIDANG | TARIKH PELAWAAN | TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT | TARIKH TUTUP | HARGA DOKUMEN |
| YS/P/SH17/2025 | E04 dan E11 | 07/11/2025 | 18/11/2025, 10.30 pagi
Lobi Pejabat Asrama Yayasan Selangor Klang, Jalan Persiaran Barat, Klang, Selangor |
28/11/2025 | RM50.00 Bayaran tidak dikembalikan |
2. Bagi pembelian dokumen Sebutharga, penyebutharga hendaklah membuat bayaran secara ONLINE TRANSFER ke Akaun Yayasan Selangor seperti berikut:
- Bank – MBSB Bank Berhad (No. ACC 1005007100002680)
3. Penyebutharga hendaklah mengemelkan bukti bayaran ke kewangan@yselangor.com & perolehan@yselangor.com dengan menyatakan maklumat seperti berikut:
- Nama Syarikat
- No sebutharga – YS/P/SH17/2025
4. Dokumen Sebutharga boleh didapati di kaunter Unit Perolehan Yayasan setelah pembayaran dan bukti emel bayaran disahkan mulai 19 NOVEMBER 2025 pada waktu pejabat di:
Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7669 1226
- Waktu
Isnin-Khamis : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari | 2.30 petang hingga 4.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi hingga 11.30 tengah hari | 3.00 petang hingga 4.00 petang
Rehat Jumaat : 12.15 petang – 2.45 petang
5. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
Mengenai Spesifikasi |
1.En. Mohd Haffiz bin Zainal Abidin (03- 7669 1120)
E-mel : mohd.haffiz@yselangor.com |
Mengenai Dokumen Sebutharga |
Bahagian Perolehan (03-7669 1225 /226/ 192/ 215)
E-mel : perolehan@yselangor.com |
6. Borang Sebut harga yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebut harga YS/P/SH17/2025 di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat yang sama seperti di para 4 sebelum atau pada 28 NOVEMBER 2025 jam 12.00 tengahari.
7. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen. Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen..