RKPYS SERAP
Skop / Kriteria / Keterangan Program
Murid yang berada di Sekolah Agama kelolaan JAIS (21 buah) dan Sekolah Harian (4 buah) diserap sebagai murid tajaan Yayasan Selangor
Syarat Program
-
- Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
- Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar.
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun.
- Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah isi rumah dalam tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
- Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
- Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.
Categories Pendapatan Kumpulan Sasar
- Pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah isi rumah dalam tanggungan) RM2,000.00 sebulan atau kurang
Kadar Bantuan/ Program
- Biasiswa Khas bernilai RM1,000.00 setahun bagi murid dengan pendapatan perkapita RM500.00 atau kurang.
- Biasiswa Kecil bernilai RM700.00 setahun bagi murid dengan pendapatan perkapita RM501.00 hingga RM2,000.00 sebulan.
Cara Memohon
- Borang permohonan serap diedarkan ke sekolah yang terlibat.
- Borang Permohonan Serap yang lengkap diisi dihantar berserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui serahan tangan atau pos.
Tarikh Mula Program
- Tingkatan 1
Tarikh Tamat Program
- Tingkatan 5
|
Biasiswa dibayar 2 kali setahun sekiranya memenuhi syarat kelayakan. |
HIGHLIGHTS
LATEST NEWS
3005, 2025



