Pelajar Terbaik Sijil Menengah Agama

Beliau dilahirkan pada tanggal 20 Mei 2003. Mempunyai 3 orang adik beradik, beliau merupakan salah seorang daripada cahayamata kesayangan kepada pasangan suami isteri En. Naharuddin bin Zaizakrani dan Pn. Siti Arfah binti Bahrin. Mendapat pendidikan awal di peringkat sekolah rendah di Sri Integrasi Ibnu Sina, beliau meneruskan persekolahan peringkat menengah di SAM Sungai Merab Luar.

Beliau merupakan seorang yang gigih berusaha, konsisten dalam pelajaran, bertanggungjawab dan bijak menguruskan masa. Kecemerlangan dalam UPSR dengan pencapaian 4A1B diteruskan dengan pencapaian cemerlang 12A1B di peringkat PT3 yang membolehkannya terpilih melanjutkan persekolahan peringkat menengah atas di SAM Bestari, Subang Jaya. Seterusnya, beliau berjaya memperoleh keputusan cemerlang 11A (GPP 0.45) dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020.

Beliau bukan saja cemerlang dalam pelajaran, malah bergiat aktif dalam bidang kokurikulum dan pernah menyandang gelaran Johan Kawad Kaki KRS Peringkat Kebangsaan Kluster Kecemerlangan. Di peringkat sekolah, beliau juga diberi kepercayaan dan tanggungjawab sebagai Naib Pengerusi Kelab Falak Syar’ie.

Bercita-cita menjadi seorang doktor, beliau ketika ini sedang menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Asasi Sains Hayat. Semoga beliau terus cemerlang dan berjaya menjadi salah seorang pakar perubatan yang disegani suatu hari nanti.

2022-01-06T10:01:16+08:00
Yayasan Selangor
en_GB