Pelajar Terbaik Kokurikulum (L)

Beliau merupakan cahayamata kepada pasangan suami isteri Encik Nur Rahim bin Tamrin dan Puan Toriah binti Hj Manaf. Bersekolah rendah di SK Seksyen 7, beliau berjaya melanjutkan pengajian ke tingkatan 1 di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Klang setelah mencapai keputusan UPSR 4A1B serta PSRA Mumtaz dan diserap sebagai murid tajaan Yayasan Selangor melalui Program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Selangor (RKPYS).

Beliau merupakan seorang murid yang aktif dan berjaya menonjolkan bakatnya semasa berada di sekolah rendah lagi dengan penyertaan dalam Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri. Antara pencapaian terbaiknya pada tahun 2019 adalah kejayaan merangkul Johan Hafazan KAMIL Peringkat Negeri. Beliau juga merupakan peserta di Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri (MIISMAN) Peringkat Kebangsaan.

Walaupun bergiat aktif di dalam bidang kokurikulum, beliau tetap mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan SPM yang diduduki pada tahun 2019 dan ketika ini beliau sedang melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang usuluddin dan falsafah.

2022-01-06T11:32:08+08:00
Yayasan Selangor
en_GB