PROGRAM INTERNSHIP – SKILL ENRICHMENT PELAJAR TAJAAN YAYASAN SELANGOR

PROFIL AGENSI :

EXZELLENT PROFIS SDN. BHD. merupakan syarikat perunding berlesen yang diktiraf di dalam melaksanakan program latihan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Program kerjasama di antara Yayasan Selangor  dan EXZELLENT PROFIS SDN. BHD. melalui program ‘Internship – Skill Enrichment.

Program ‘Nurturing Youth Selangor’ atau singkatan NurYS yang direka bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dan menyediakan pelajar-pelajar tajaan Yayasan Selangor mempunyai kemahiran dan daya saing di dalam pasaran pekerjaan.

Kumpulan sasaran pelajar tajaan YS bagi mengikuti program NurYS;

  1. Pelajar lepasan SPM dan STPM
  2. Pelajar tajaan di Institut Pengajian Tinggi.

OBJEKTIF PROGRAM:

  1. Memberi pendedahan kepada pelajar tajaan mempunyai daya saing untuk bekerja di dalam sektor industri.
  2. Membuat pemadanan (Industry Matchmaking) pelajar-pelajar tajaan dengan Industri terutama di dalam 6 Teras Ekonomi Malaysia.
  3. Menentukan kemahiran tambahan (Value Added) yang diperlukan oleh Industri untuk diberi pendedahan kepada pelajar-pelajar.
  4. Penempatan (Placement) pelajar tajaan dengan Industri / pasaran kerja melalui proses pemadanan mengikut keperluan industri dan kemahiran yang ada pada pelajar.
  5. Mempertingkat kualiti kemahiran pelajar (Skills Sharpening) berdasarkan kepada kemahiran yang diperlukan oleh Industri sebelum pelajar memulakan tugas.
2021-08-13T16:54:47+08:00
Yayasan Selangor
en_GB