JAWATAN KOSONG
Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada warga kerja dan warganegara Malaysia yang
berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut:
PENGIKLANAN
Tarikh buka : 01 September 2025 (Isnin)
Tarikh tutup : 15 September 2025 (Isnin)
a) Borang Permohonan Jawatan Kosong boleh dimuat turun melalui laman web Yayasan Selangor www.yayasanselangor.com.my
b) Pemohon hendaklah menghantar ‘resume’ beserta Borang Permohonan Jawatan ke Bahagian Pengurusan Modal Insan. Pemohon yang masih berkhidmat dengan Yayasan Selangor hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Bahagian/ Unit dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
PERMOHONAN
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:
YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR,
NO. 18A, PERSIARAN BARAT,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P: Bahagian Pengurusan Modal Insan)
Semua permohonan hendaklah sampai tidak lewat dari tarikh tutup iklan pada 15 September 2025. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Jawatan Kosong Dibuka :
1. Penyelia Teknikal (Bahagian Pengurusan Fasiliti – SY4)
2. Juruteknik (Bahagian Pengurusan Fasiliti – TY2)