Guru Penyelaras Terbaik Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Dengan Kerjasama Yayasan Selangor

Surihati kepada Encik Muhammad Fahmy bin Akmar ini telah dilahirkan pada tanggal 19 Jun 1992 di Kota Bharu, Kelantan. Memulakan khidmat secara rasmi sebagai seorang pendidik bermula pada Mei 2018 dan telah menjawat jawatan sebagai guru penyelaras Yayasan Selangor selama 3 tahun mulai tahun 2019.

Berpegang kepada prinsip “Hidup Biar Allah Redha”, guru bagi matapelajaran Usuluddin dan Bahasa Arab ini mendapat pendidikan peringkat tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan sebelum meneruskan pengajian ke peringkat sarjana di universiti yang sama dalam bidang Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua. Seterusnya, bagi memberikan nilai tambah dalam kualiti diri, beliau meneruskan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru, (IPG) Bangi dan dianugerahkan Diploma Pascasiswazah Pendidikan.

Beliau memberikan sepenuh komitmen dalam tugas yang digalas sebagai guru penyelaras Yayasan Selangor. Dalam Peperiksaan SPM 2020, murid tajaan Yayasan Selangor melalui program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Selangor (RKPYS) di Sekolah Agama Menengah Jeram berjaya mencapai keputusan terbaik dengan semua calon SPM 2020 mencapai 7A ke atas, manakala 3 orang calon dianugerahkan Pelajar Cemerlang SPM dalam sesi penganugerahan pada kali ini.

2022-01-06T09:58:31+08:00
Yayasan Selangor
en_GB