Guru Penyelaras Terbaik Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Dengan Kerjasama Yayasan Selangor

Anak jati Tampin, Negeri Sembilan ini dilahirkan pada tanggal 9 Mei 1965. Ibu kepada seorang cahayamata ini berpengalaman lebih 22 tahun dalam bidang perguruan. Beliau mula menyandang tugas sebagai guru penyelaras Yayasan Selangor semenjak SMK Jalan Empat ditawarkan menyertai Program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Kerjasama Yayasan Selangor pada tahun 2012.

Beliau menempuh jalan yang panjang sebelum rasmi menjawat jawatan sebagai seorang pendidik. Setelah tamat pendidikan peringkat menengah, beliau menyambung pengajian peringkat diploma di Politeknik Ungku Omar sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian selama 1 tahun dalam Diploma Pendidikan di universiti yang sama sebelum memulakan tugas rasmi sebagai seorang guru di SMK Taman Medan.

Pada tahun 2019, 2 orang daripada pelajar di SMK Jalan Empat menerima anugerah di Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor dengan pencapaian 9A dan 8A dalam SPM.

Beliau memilih bersara wajib pada Mei 2020 setelah genap menginjak usia 55 tahun demi menjaga kebajikan ibu dan bapa yang semakin dimamah usia. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2005 dan 2017 ini mempunyai prinsip hidup “Memudahkan urusan orang lain, insyaallah Allah akan memudahkan urusan kita”.

2022-01-06T10:00:29+08:00
Yayasan Selangor
en_GB