Guru Penyelaras Terbaik Program HIPERS Sekolah Menengah

Puan Juriah binti Ibrahim telah berkhidmat sebagai Guru Penyelaras Program HIPERS selama 4 tahun, iaitu mulai tahun 2017 sehingga kini. Beliau berasal dari Kuantan, Pahang telah memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik di SMT Bentong, Pahang pada tahun 2000. Beliau mula berkhidmat di SMK Bandar Rinching pada tahun 2014 sehingga kini.
Selain memegang beberapa jawatan penting di sekolah, antaranya sebagai Setiausaha Peperiksaan Awam SPM, Penyelaras Tingkatan 5, Penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat, beliau juga sangat berpengalaman sebagai pemeriksa kertas matematik dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2006 dan 2016. Berkat kesungguhan beliau dalam memastikan murid-murid HIPERS cemerlang dalam pencapaian SPM, terbukti apabila 73% murid mendapat keputuan 4A dan ke atas dalam SPM 2020.
Beliau berharap agar Program HIPERS ini diteruskan pada masa hadapan dengan menambah kuota murid di setiap sekolah. Beliau juga memberi harapan bahawa dengan adanya program ini, murid- murid akan bermotivasi untuk meneruskan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).