TAWARAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA) DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG BAGI TEMPOH 2 TAHUN
SEBUT HARGA (YS/ P/SH 05/2026)
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Kod Bidang 220801 (Kawalan Keselamatan) serta mempunyai kepakaran dan berpengalaman di dalam bidang berkaitan seperti tajuk di atas serta maklumat berikut:
No. Sebut harga : YS/ P/SH 05/2026
Tarikh pelawaan : 12 MAC 2026
Tarikh Tutup : 13 APRIL 2026
2. Dokumen Sebutharga boleh didapati di kaunter Unit Perolehan Yayasan Selangor setelah pembayaran secara ONLINE TRANSFER ke ACC MBSB Yayasan Selangor No. ACC 1005007100002680 berharga RM50.00 dan emelkan bukti pembayaran ke kewangan@yselangor.com & perolehan@yselangor.com, Dokumen sebutharga akan diserahkan setelah emel diterima mulai 03 APRIL 2026 pada waktu pejabat di:
Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7669 1226
Waktu
Isnin-Khamis : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.30 petang hingga 4.00 petang.
Jumaat : 9.00 pagi hingga 11.30 tengahari
3.00 petang hingga 4.00 petang
3. LAWATAN TAPAK AKAN DIADAKAN PADA;-
Tarikh : 02 APRIL 2026
Jam : 11.00 pagi
Tempat : ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG JALAN RAYA BARAT, 41000 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
4. Penyebutharga harga hendaklah membawa Cop Syarikat bagi tujuan pendaftaran semasa menyertai lawatan tapak.
5. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut :
Mengenai Skop & Spesifikasi |
En.Johari Zaiton (03-7669 1157) E-mel :johari@yselangor.com |
Mengenai Dokumen Sebutharga |
En. Idrus Bin Mohamed Noor (03-7669 1226) E-mel :perolehan@yselangor.com |
6. Pemilik syarikat ATAU Wakil syarikat dibenarkan untuk menghadiri lawatan tapak. Kegagalan menghadiri lawatan tapak bererti syarikat TIDAK LAYAK untuk membida.
7. Borang Sebut harga yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebut harga YS/P/SH 05/2026 di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat di Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. sebelum atau pada 13 APRIL 2026 jam 12.00 tengahari.
8. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen. Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen.