PROGRAM PERAKAUNAN PROFESIONAL ACCA DAN ICAEW KERJASAMA YAYASAN SELANGOR DAN INTEC EDUCATION COLLEGE

Yayasan Selangor dengan kerjasama INTEC Education College (anak syarikat milik penuh Universiti Teknologi MARA) membuka tawaran kepada pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti Kursus Perakaunan Profesional – ACCA (The Association of Chartered Certified Accountants) dan ICAEW (Association of Chartered Accountants for Institute of Chartered Accountants in England & Wales UK) dengan pembiayaan daripada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Tarikh Tutup Permohonan dilanjutkan sehingga : 22 Jun 2025

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :

Syarat Umum : 

  1. Pemohon berstatusbumiputera.
  2. Berumur tidak melebihi 21 tahun.

Syarat Khusus untuk Program ACCA : 

Lulus SPM / IGCSE dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris 

Syarat Khusus untuk Program ICAEW  :  

Lulus SPM / IGCSE dengan sekurang-kurangnya Gred A dalam lima (5) mata pelajaran  

Keistimewaan Program : 

  1. Kursus perakaunan profesional yang holistik; yang bukan sahaja memenuhi piawaian antarabangsa, selaras dengan kehendak industri,  bahkan menerapkan prinsip ajaran Islam, nilai-nilai moral dan etika Islam dalam bidang perakaunan. INTEC juga menyediakan kursus khas dalam Bahasa Inggeris bagi memastikan pelajar yang mempunyai kekangan dalam bahasa ini dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih baik.
  2. Pembiayaan penuh dari Yayasan Peneraju meliputi yuran pengajian, yuran badan professional, yuran peperiksaan, elaun sara hidup serta kemudahan penginapan.
  3. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan berpeluang untuk menukar status pembiayaan kepada biasiswa (tertakluk terma dan syarat).
  4. Pelajar tahfiz yang terpilih ke program ini boleh mengikuti kelas murajaah bagi memastikan hafazan al-Quran tetap terpelihara sepanjang tempoh pengajian.
  5. Kemudahan penginapan dan pengangkutan dari kolej kediaman disediakan bagi yang memerlukan.

Pemohon yang berminat dan berkelayakan dijemput untuk mengisi Borang Permohonan melalui pautan berikut :

Borang permohonan :

MUAT TURUN

Pemohon yang berjaya dikehendaki hadir ke Sesi Taklimat dan Temuduga daripada  INTEC Education College. Pemohon boleh memilih salah satu daripada 4 lokasi temuduga iaitu  Menara Yayasan Selangor Petaling Jaya, Asrama Yayasan Selangor Klang, Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam dan Kem Bina Semangat Ampang Pecah.

Maklumat lanjut berkaitan program, sila klik di sini :

MUAT TURUN

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian : 03-7669 1100 (samb. 153,161,162,188)

2025-06-17T10:43:15+08:00
Yayasan Selangor
en_GB