423 MURID TINGKATAN 1 TERIMA TAWARAN KE PROGRAM RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA – YAYASAN SELANGOR TAHUN 2025
Seramai 423 orang murid Tingkatan 1 dari seluruh Selangor telah terpilih untukditempatkan di 27 buah sekolah di bawah tajaan Yayasan Selangor (YS) bagimengikuti program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor (RKPYS) bagi sesi persekolahan tahun 2025 / 2026.
Murid-murid yang terpilih adalah dari keluarga berpendapatan rendah iaitupendapatan perkapita kurang daripada RM2,000 dan mendapat sekurang-kurangnyaTP 3 dalam semua mata pelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolahrendah.
Murid-murid tersebut mendaftar di sekolah-sekolah yang ditawarkan membabitkansekolah sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antaranyaSekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga Bangi, SMK Aminuddin BakiKuala Lumpur (KL) dan Victoria Institution KL mengikut kuota Jabatan PendidikanSelangor dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Manakala pendaftaran murid yang ditempatkan di asrama pusat YS iaitu AsramaYayasan Selangor Klang dan Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam telahdijalankan pada 13 dan 16 Februari 2025. Sesi persekolahan bermula pada 17 Februari 2025 mengikut ketetapan yang digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Untuk rekod, sejumlah 3,076 permohonan diterima bagi pengambilan murid kali iniyang dibuka pada 4 November 2024 hingga 19 November 2024. Semakankeputusan permohonan pula dibuka pada 20 Januari 2025 sehingga 30 Januari2025.
Sementara itu, keputusan permohonan murid rayuan pula akan dimaklumkan tertakluk kepada kekosongan dan dasar YS. RKPYS dilaksanakan sejak tahun 1971 yang mensasarkan murid berpotensi darikeluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Murid-murid RKPYS akan mendapat keistimewaan seperti kemudahan asrama, biasiswa, kelas bimbingan, program kecemerlangan akademik dan pembangunankendiri. YS turut melantik seorang guru penyelaras bagi memantau pencapaian dankebajikan murid di setiap sekolah tajaan.
Yayasan Selangor | 17 Februari 2025